ONE WEEK BEFORE ENGAGEMENT

Assalamualaikum. Setiap girl girl yang bakal bertunang mesti tak sabar nak meniti hari-hari ke tarikh bertunang. Tak ketinggalan juga Lin sendiri nak bertunang of course lah nervous tahap atomen taro.


Tak sampai dua bulan kami berkenalan. Takdir dan jodoh Allahswt tetapkan kami kenal 3 hari, En Tunang lamar jadikan isteri. Yang best, sebelum dia lamar Lin, dia call Abah dulu. Lepas tu baru dia call Lin cakap, saya dah telefon abah awak cakap nak serius buat awak jadi isteri saya. Masa dengar tu ternganga, terkejut gila dia cakap macam tu. Lepas tu abah call Tanya pasal lelaki call cakap nak serius siapa dia, betul ka dia serius, macam2 lagi. Lin hanya mampu tersenyum ja.. Romantic sangat dia. Tu lah ciri lelaki romantic yang meminta permission wali perempuan dulu untuk kenal lebih lanjut.



Sekarang, dua-dua pihak sedang membuat persediaan untuk kami berdua. Tak lupa juga Lin sendiri pun tengah prepare apa yang patut. Based on my observation terhadap kelakuan diri sendiri menanti hari tunang, ini antara beberapa kelakuan yang Lin lakukan untuk menenangkan debaran + sesak nafas + gelisah. Check this out!!

1. Selalu jika solat hilang lah nervous, however…habis ja bagi salam, masa berdoa mula laa nak nervous balik sebab masa berdoa tu Lin ada juga berdoa untuk Allahswt bermudah urusan kami untuk membina masjid.

2. Baca majalah-majalah persiapan pertunangan/ perkahwinan. Ini antara aktiviti kegemaran untuk remind balik apa-apa yang terlupa.



3. Cerita / luah kat bestfriend. Korang, sumpah memang bila luah kat someone pasal debaran nak bertunang, hati rasa lega sikit tau. Kalau pendam sorang-sorang tu boleh mati dibuat heart attack sebab tak tahu nak luah pada siapa. Yang selalu menjadi mangsa of course Kak Nab Meow Meow, my bestfriend dari zaman diploma until now. Syukur sangat Allahswt hadirkan dia menemani Lin bila my mom & my dad are not around to prepare for my engagement.




4. Kalau boleh Lin suka elak dari melihat tarikh nak bertunang sebab apa?? Sebab bila tengok tarikh tunang hati jadi lagi debar. YA ALLAH dekat dah… sediakah aku..mampukah aku..dah prepare ke belum… Dan macam-macam lagi akan difikir. Solution is, avoid from looking at calendar frequently. (psss….kadang2 Lin curi juga tengok calendar sebab nak bagi mood glowing macam budak2 dapat candy)

5. Tidor is the best solution untuk siapa-siapa yang bakal bertunang atau menikah. Masa tidor lah otak rehat dan badan pun tak excited sangat.

6. Lin selalu tenangkan diri dengan call bakal En Tunang. Selalu ada ja topic yang buat kami gelak tawa kihkihkihkih. Masa awal kenal En Tunang dulu dia tak berap tonjol diri sebenar dia. Serius Control Macho gitu…. Tapi, siapa2 yang kenal Lin di Kolej masa diploma, tahu lah Lin ni merapu, kuat mengusik, ada ja buat lawak. Bila kenal dengan En Tunang, suka melawak dengan dia. Tapi bila da serius, kami serius sungguh. Tiap kali cakpa phone, mesti gelak2. Manisnya.... Angan-angan macam dalam gambar di bawah. Psssttt Hanya Yang sudah berkahwin sahaja tau.. Yang belum kahwin tu, cepat2 lah bagitahu mak abah.





Alhamdulilah Lin pernah baca, bila lelaki tengok perempuan yang boleh melawak, suka gelak, matang, tak too sensitive, insyAllah lelaki tu slow2 akan bertukar menjadi seorang yang suka mengusik & melawak. Kadang2 lelaki ni takut nak melawak bukan2 sebab ada sesetengah girl tak boleh terima. Jadi girl-girl yang baca post Lin, jadilah seorang yang open minded terhadap any jokes. Sure u will have great day with ur love one. ^_^

7. Dengar lagu-lagu romantic, best juga. Antara menjadi koleksi lagu kegemaran: Doa Kekasih – InTeam, Kasih Kekasih, Hanya Tuhan Yang Tahu, Baik-Baik Sayang, This I promise you, All My Life, Everyday I Love You, dll.

8. Melihat baju untuk bertunang nanti. Kadang2, bila Lin melihat baju tuning, rasa bersyukur dan bahagia sangat2. Lin rasa sunyi dari kecil lagi. Im the only girl among siblings, yang bongsu pula. Tak rapat dengan mama. Masa kecil2 ada bela kucing, dekat 8 tahun, dia hilang. Dekat sebulan juga Lin nak boleh terima. Dalam masa sebulan tu, boleh Nampak Lin tunggu meow2 depan pagar rumah dari pukul 10 mlm -12 mlm. Masuk rumah nangis… Until now, takda penganti lagi untuk kucing Lin yang hilang tu.

9. Mengaji Al-quran. Antara penenang yang paling mujarab sebab otak kita focus lebih sikit. Yang syioknya, dalam dok baca, terjumpa surah yang selalu En Tunang taranum. Tak silap muka surat 5 /6, baris ke 4/5, ada sebut “Jannatin…… Anhar….” Dialah tu ada sebut An harr….. Nama En Tunang… Hilang terus focus, tersenyum jadinya.. Nasib baik depan ustazah sempat cover senyum.. FYI, En Tunang ni suara dia merdu sangat bila mengaji & bertaranum. Selalu Lin ada menitis air mata mendengar lontaran ayat2 alQuran yang Lin tak biasa dengar dari kecil hingga Lin jumpa En Tunang. Alhamdulilah.



Till then, kita berjumpa lagi untuk next entry. Tata LOL XOXO

3 DAYS TO GO <3<3<3<3

No comments: