Adakah Ini Rezeki & Rahmat dari Allahswt?



"Apa yang mereka bincangkan eh di rumah dia? Teringin nak tahu….hmmm” keluhan dari hati kecil ku yang tertanya-tanya mengenai lawatan saudara ke rumah Encik Bakal.


Biar jerlah apa yang mereka bincang. Tak perlu ambil tahu. Jadi aku meneruskan kerja aku seperti biasa di pejabat sambil layan video2 di youtube. Last meeting dengan pengurus aku, aku ditegur oleh pengurus untuk elak fikir tentang perkara lain selain kerja ja.

Aduii susah lah macamni sebab kalu tak fikir langsung, susah juga sebab waktu siang2 lah nak fikir hal persiapan tunang & nikah ni. Ada pula dia suruh aku jangan fikir. Seimbangkan kerja kerja, fikir kena fikir juga.


Tengahari, aku sempat singgah ke Butik D’Yang terletak di Telok Kechai, Alor Setar untuk survey baju-baju & meja makan. Alhamdulilah murah2 yang dioffer. Tapi aku perlu menanya Encik Bakal dan saudara dulu sebelum bagi kata putus. Heehheheheee terbayang-bayang aku memakai abju-baju yang ada di butik.


Petang, aku pulang kerja dan sampai rumah disambut oleh Moew meow Kak Nabila. Ceeee masa tu tak rasa apa-apa sangat dan aku ignore nak angan2 sebab dah kena tegur dengan pengurus aku mula hilang focus.

Malam, aku mula lah debar2.. ehhehehehee Call Encik Bakal, dia dalam kereta dengan Saudara nanti dia call back. Lepas sejam, aku call lagi. En Bakal ada hal pulaaaaaaaa….. Aduiiiii nervous ni dia pula sibuk.. hehehe actually aku excited sebenarnya….hehe


“ Komform bertunang 25 May 2012 k.” sms ringkas dari En Bakal.


Saat aku membaca sms dari dia, terkedu, terkesima, terpukau, ter ter ter ter….. agak dalam 10 minit baru sedar… Ulang baca lagi sms.. 25 Mei jumaat bertunang….


Errrr… Dalam hati, “Awat aku tak dak perasaan apa2 nie? Apa yang 25 mei?”


Terus call En Bakal tentang 25 Mei..


“Apa apa yang 25 Mei? Tak faham.. Awat? Ada apa?” Tanya aku.
Dalam hati berbisik "Sumpah aku blurrrr… ngok lah aku nie.. ishhh……"


“Bertunang comfirm 25 Mei jumaat ni pukul 3 petang.”jawab dia tegas.


Tapi aku still terkedu….. “Betul ni jumaat depan. Tak main2..Sungguh…”ujar En Bakal.


"Betul ka?”Tanya aku lagi…
"Betullah sayang bakal jadi tunang dan isteri abang dalam masa 2 minggu lagi.” jawab nya lembut… aku bertanya lagi, “ Betul ka?”


Pertanyaan aku berlarutan agak dalam 5 minit. Sampai ketika, aku diam diri………………….





Tapak tangan mula berpeluh, jantung berdegup kuat, nafas makin kencang, tangan sejum, mulut terkunci, otak stop thinking, mata terkebil2…..


Kemudian aku meletak telefon untuk seketika dan take time untuk respond.


Tak lama, aku call back En Bakal bertanya,

“ Abg, betul kaaaa?” Tanya aku lembut.


“Betul……….”balas nya…

Ya Allah, betul ka semua ni atau mimpi. Betul ka apa yang ku dengar sekejap tadi. Perlahan air mata menitis sebak. Apa yang ku impikan bakal berlaku tak lama lagi. Lelaki yang beragama dan soleh yang menjadi dambaan aku dan ciri2 ni bakal menjadi suami aku kelak. Dugaan apakah yang Allahswt beri padaku. Bersediakah aku? Ya Allah…

 
Dia cukup sempurna bagi ku. Agama dan ilmu di dadanya aku sanjungi. Peribadinya yang aku gemari. Kata-kata nya yang menjadi penguat hatiku. Kasih sayang nya yang ku impi.

Terbaca dalam blog http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/03/20/lelaki-yang-baik-untuk-perempuan-yang-baik/ petikan kata-kata,

"Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapat wanita yang tidak baik atau sebaliknya.”

Teringat kata2 dan janji Allahswt pada hambanya,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki baik untuk perempuan baik.” (An-Nur: 26)

Adakah ni rezeki dari Allahswt??






No comments: