3 Days Before Engagement

22 Mei 2012

“Nab, t aku tunang aku nak selit bunga kat tudung aku tau,, Xkira juga.. Ok tau.. Nak letak bunga rose.” Text sms aku pada girlfren Bella@Kak Nab.


“Nak cari mana lak bunga? Hang tung cm pe.wat mse nikah tu.” Jawab sms kak nab.
“Nak bunga plastic ka bunga fresh?” balas.
“Bunga Fresh.” Jawab kak nab.
“Kecik ka besar? Nak berapa kuntum? Nak letak rose merah /pink kt tudung.. cantik juga..”
“Nanti aku bgtau hang gaya camna.” Jawab kak nab.
“Balik cepat….” Balas aku.


Lagi dua hari lagi untuk hari pertunangan… Debar dan nervous tu of course lah ada. Selalu kalau datang office ja mesti pagi dari pukul 8:30 hingga pukul 12:00pm ja kerja jalan. The rest tu tengah cakap phone, tengah susun atur, tengah fikir nak indahkan lagi hari bersejarah.

Although agak sedih sikit sebab perlu atur dan brainstorm dengan kak nab, perkahwinan adalah impian yang Lin tunggu dan nanti2 kan. Kadang sedang fikir, menitis air mata. Perlahan-lahan air mata turun di pipi, sambil tunduk kepala, Lin pujuk hati cuba bersabar. Susah dulu, senang kemudian. There will be happiness after sadness.

Walaupun impian nak ada majlis tunang normal seperti gadis-gadis lain, Im sure that Allahswt dah atur yang the best untuk Lin. Mungkin Dia bagi Lin atur persiapan pertunangan, bagi lin lebih berdikari & bertanggungjawab. Apa barang jika give up. Tu baru tunang, belum nikah, belum kenduri lagi.

Syukur ada bestfriends, cousin, pak tam, mak long, bloggers dan kawan2 yang bagi semangat. Kadang2  cerita dalam FB tentang pertunangan, pernikahan. Biarlah kalau ada orang menyampah pun. I want to share my happiness with my friends.

Lagi dua hari nak bertunang, tengahari kelmarin call my dad tanya tentang laksa perlis. Dia uruskan nanti. Lepas tu, call Pak Tam untuk persiapan rumah nanti. Alhamdulilah depa urus. Then, brainstorm untuk reka pelamin mini untuk sarung cincin nanti.
Then, terlupa kejap tentang hantaran untuk lelaki tak siap lagi. YA Allah… macamana aku boleh lupa ni. Then, shopping untuk perhiasan rumah pak tam pun belum buat lagi.




Jadual until My Engagement


Rabu petang & malam : Shopping untuk mini pelamin


Khamis pagi                : Drop by rumah Mak Long Kepala Batas buat hantaran untuk lelaki


Khamis petang/mlm     : Drop by rumah Pak Tam Pendang untuk kemas2 & pelamin mini


Jumaat pagi                 : Set up untuk makanan, jemput mak long datang rumah (sure meriah)


Tengahari                    : Bawa baju ke butik untuk make up & siap2.. (Ya Allah nervousnya)


Pukul 2:00                   : Kena rushing balik sebab nak siap2 apa yang patut


Pukul 3:00 lebih2         : Pihak lelaki datang. (Malunyaaaaaaaaaa…..)


Petang                         : bergambar kot. Hihihihih ^_^


Malam                         : Kemas rumah & sengih sampai ketelinga :D

Allahswt permudah urusan kami dunia & akhirat. Kebahagiaan menanti di hadapan.




ONE WEEK BEFORE ENGAGEMENT

Assalamualaikum. Setiap girl girl yang bakal bertunang mesti tak sabar nak meniti hari-hari ke tarikh bertunang. Tak ketinggalan juga Lin sendiri nak bertunang of course lah nervous tahap atomen taro.


Tak sampai dua bulan kami berkenalan. Takdir dan jodoh Allahswt tetapkan kami kenal 3 hari, En Tunang lamar jadikan isteri. Yang best, sebelum dia lamar Lin, dia call Abah dulu. Lepas tu baru dia call Lin cakap, saya dah telefon abah awak cakap nak serius buat awak jadi isteri saya. Masa dengar tu ternganga, terkejut gila dia cakap macam tu. Lepas tu abah call Tanya pasal lelaki call cakap nak serius siapa dia, betul ka dia serius, macam2 lagi. Lin hanya mampu tersenyum ja.. Romantic sangat dia. Tu lah ciri lelaki romantic yang meminta permission wali perempuan dulu untuk kenal lebih lanjut.



Sekarang, dua-dua pihak sedang membuat persediaan untuk kami berdua. Tak lupa juga Lin sendiri pun tengah prepare apa yang patut. Based on my observation terhadap kelakuan diri sendiri menanti hari tunang, ini antara beberapa kelakuan yang Lin lakukan untuk menenangkan debaran + sesak nafas + gelisah. Check this out!!

1. Selalu jika solat hilang lah nervous, however…habis ja bagi salam, masa berdoa mula laa nak nervous balik sebab masa berdoa tu Lin ada juga berdoa untuk Allahswt bermudah urusan kami untuk membina masjid.

2. Baca majalah-majalah persiapan pertunangan/ perkahwinan. Ini antara aktiviti kegemaran untuk remind balik apa-apa yang terlupa.



3. Cerita / luah kat bestfriend. Korang, sumpah memang bila luah kat someone pasal debaran nak bertunang, hati rasa lega sikit tau. Kalau pendam sorang-sorang tu boleh mati dibuat heart attack sebab tak tahu nak luah pada siapa. Yang selalu menjadi mangsa of course Kak Nab Meow Meow, my bestfriend dari zaman diploma until now. Syukur sangat Allahswt hadirkan dia menemani Lin bila my mom & my dad are not around to prepare for my engagement.




4. Kalau boleh Lin suka elak dari melihat tarikh nak bertunang sebab apa?? Sebab bila tengok tarikh tunang hati jadi lagi debar. YA ALLAH dekat dah… sediakah aku..mampukah aku..dah prepare ke belum… Dan macam-macam lagi akan difikir. Solution is, avoid from looking at calendar frequently. (psss….kadang2 Lin curi juga tengok calendar sebab nak bagi mood glowing macam budak2 dapat candy)

5. Tidor is the best solution untuk siapa-siapa yang bakal bertunang atau menikah. Masa tidor lah otak rehat dan badan pun tak excited sangat.

6. Lin selalu tenangkan diri dengan call bakal En Tunang. Selalu ada ja topic yang buat kami gelak tawa kihkihkihkih. Masa awal kenal En Tunang dulu dia tak berap tonjol diri sebenar dia. Serius Control Macho gitu…. Tapi, siapa2 yang kenal Lin di Kolej masa diploma, tahu lah Lin ni merapu, kuat mengusik, ada ja buat lawak. Bila kenal dengan En Tunang, suka melawak dengan dia. Tapi bila da serius, kami serius sungguh. Tiap kali cakpa phone, mesti gelak2. Manisnya.... Angan-angan macam dalam gambar di bawah. Psssttt Hanya Yang sudah berkahwin sahaja tau.. Yang belum kahwin tu, cepat2 lah bagitahu mak abah.





Alhamdulilah Lin pernah baca, bila lelaki tengok perempuan yang boleh melawak, suka gelak, matang, tak too sensitive, insyAllah lelaki tu slow2 akan bertukar menjadi seorang yang suka mengusik & melawak. Kadang2 lelaki ni takut nak melawak bukan2 sebab ada sesetengah girl tak boleh terima. Jadi girl-girl yang baca post Lin, jadilah seorang yang open minded terhadap any jokes. Sure u will have great day with ur love one. ^_^

7. Dengar lagu-lagu romantic, best juga. Antara menjadi koleksi lagu kegemaran: Doa Kekasih – InTeam, Kasih Kekasih, Hanya Tuhan Yang Tahu, Baik-Baik Sayang, This I promise you, All My Life, Everyday I Love You, dll.

8. Melihat baju untuk bertunang nanti. Kadang2, bila Lin melihat baju tuning, rasa bersyukur dan bahagia sangat2. Lin rasa sunyi dari kecil lagi. Im the only girl among siblings, yang bongsu pula. Tak rapat dengan mama. Masa kecil2 ada bela kucing, dekat 8 tahun, dia hilang. Dekat sebulan juga Lin nak boleh terima. Dalam masa sebulan tu, boleh Nampak Lin tunggu meow2 depan pagar rumah dari pukul 10 mlm -12 mlm. Masuk rumah nangis… Until now, takda penganti lagi untuk kucing Lin yang hilang tu.

9. Mengaji Al-quran. Antara penenang yang paling mujarab sebab otak kita focus lebih sikit. Yang syioknya, dalam dok baca, terjumpa surah yang selalu En Tunang taranum. Tak silap muka surat 5 /6, baris ke 4/5, ada sebut “Jannatin…… Anhar….” Dialah tu ada sebut An harr….. Nama En Tunang… Hilang terus focus, tersenyum jadinya.. Nasib baik depan ustazah sempat cover senyum.. FYI, En Tunang ni suara dia merdu sangat bila mengaji & bertaranum. Selalu Lin ada menitis air mata mendengar lontaran ayat2 alQuran yang Lin tak biasa dengar dari kecil hingga Lin jumpa En Tunang. Alhamdulilah.



Till then, kita berjumpa lagi untuk next entry. Tata LOL XOXO

3 DAYS TO GO <3<3<3<3

Personaliti Ibu Bapa Tercontoh

Tegas

  • Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.


Berakhlak mulia

  • Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.


Mengambil berat terhadap keluarga

  • Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.


Komitmen yang tinggi

  • Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.


Berketrampilan dalam pelbagai bidang

  • Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.


Yakin terhadap diri sendiri

  • Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.


Konsisten dalam melakukan sesuatu

  • Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.


Pemikiran yang kreatif dan positif

  • Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.


Boleh diharap

  • Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.


Sentiasa bertenaga

  • Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.


Sentiasa bersemangat

  • Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.


Mudah mesra dan penyayang

  • Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga.


Pandai mendengar dengan berkesan

  • Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan


Adakah Ini Rezeki & Rahmat dari Allahswt?



"Apa yang mereka bincangkan eh di rumah dia? Teringin nak tahu….hmmm” keluhan dari hati kecil ku yang tertanya-tanya mengenai lawatan saudara ke rumah Encik Bakal.


Biar jerlah apa yang mereka bincang. Tak perlu ambil tahu. Jadi aku meneruskan kerja aku seperti biasa di pejabat sambil layan video2 di youtube. Last meeting dengan pengurus aku, aku ditegur oleh pengurus untuk elak fikir tentang perkara lain selain kerja ja.

Aduii susah lah macamni sebab kalu tak fikir langsung, susah juga sebab waktu siang2 lah nak fikir hal persiapan tunang & nikah ni. Ada pula dia suruh aku jangan fikir. Seimbangkan kerja kerja, fikir kena fikir juga.


Tengahari, aku sempat singgah ke Butik D’Yang terletak di Telok Kechai, Alor Setar untuk survey baju-baju & meja makan. Alhamdulilah murah2 yang dioffer. Tapi aku perlu menanya Encik Bakal dan saudara dulu sebelum bagi kata putus. Heehheheheee terbayang-bayang aku memakai abju-baju yang ada di butik.


Petang, aku pulang kerja dan sampai rumah disambut oleh Moew meow Kak Nabila. Ceeee masa tu tak rasa apa-apa sangat dan aku ignore nak angan2 sebab dah kena tegur dengan pengurus aku mula hilang focus.

Malam, aku mula lah debar2.. ehhehehehee Call Encik Bakal, dia dalam kereta dengan Saudara nanti dia call back. Lepas sejam, aku call lagi. En Bakal ada hal pulaaaaaaaa….. Aduiiiii nervous ni dia pula sibuk.. hehehe actually aku excited sebenarnya….hehe


“ Komform bertunang 25 May 2012 k.” sms ringkas dari En Bakal.


Saat aku membaca sms dari dia, terkedu, terkesima, terpukau, ter ter ter ter….. agak dalam 10 minit baru sedar… Ulang baca lagi sms.. 25 Mei jumaat bertunang….


Errrr… Dalam hati, “Awat aku tak dak perasaan apa2 nie? Apa yang 25 mei?”


Terus call En Bakal tentang 25 Mei..


“Apa apa yang 25 Mei? Tak faham.. Awat? Ada apa?” Tanya aku.
Dalam hati berbisik "Sumpah aku blurrrr… ngok lah aku nie.. ishhh……"


“Bertunang comfirm 25 Mei jumaat ni pukul 3 petang.”jawab dia tegas.


Tapi aku still terkedu….. “Betul ni jumaat depan. Tak main2..Sungguh…”ujar En Bakal.


"Betul ka?”Tanya aku lagi…
"Betullah sayang bakal jadi tunang dan isteri abang dalam masa 2 minggu lagi.” jawab nya lembut… aku bertanya lagi, “ Betul ka?”


Pertanyaan aku berlarutan agak dalam 5 minit. Sampai ketika, aku diam diri………………….





Tapak tangan mula berpeluh, jantung berdegup kuat, nafas makin kencang, tangan sejum, mulut terkunci, otak stop thinking, mata terkebil2…..


Kemudian aku meletak telefon untuk seketika dan take time untuk respond.


Tak lama, aku call back En Bakal bertanya,

“ Abg, betul kaaaa?” Tanya aku lembut.


“Betul……….”balas nya…

Ya Allah, betul ka semua ni atau mimpi. Betul ka apa yang ku dengar sekejap tadi. Perlahan air mata menitis sebak. Apa yang ku impikan bakal berlaku tak lama lagi. Lelaki yang beragama dan soleh yang menjadi dambaan aku dan ciri2 ni bakal menjadi suami aku kelak. Dugaan apakah yang Allahswt beri padaku. Bersediakah aku? Ya Allah…

 
Dia cukup sempurna bagi ku. Agama dan ilmu di dadanya aku sanjungi. Peribadinya yang aku gemari. Kata-kata nya yang menjadi penguat hatiku. Kasih sayang nya yang ku impi.

Terbaca dalam blog http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/03/20/lelaki-yang-baik-untuk-perempuan-yang-baik/ petikan kata-kata,

"Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapat wanita yang tidak baik atau sebaliknya.”

Teringat kata2 dan janji Allahswt pada hambanya,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki baik untuk perempuan baik.” (An-Nur: 26)

Adakah ni rezeki dari Allahswt??






Bernikah Dan Bercinta

"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik.”

PART I

Hari itu, Lin kelihatan agak sungul dan serabut dengan tugasan yang diberi oleh pengurusnya untuk mencari pelanggan dan mendapatkan hasil jualan yang terbaik. Sejak dari awal pagi, Lin berasa kemalasan untuk bekerja dan terasa sangat ingin berehat di rumah. Dia mencapai tuala dan berhadas kecil untuk keluar bekerja biarpun hatinya keberatan.

“Ish, mana aku nak pi hari nie? Tak tahu plak nak ke mana. Macamana ni? Kang tak kerja susah plak bos Tanya aku mana aku kerja hari ni. Hmmm…. Bernas jelah. Borak2 dengan kenalan di sana & cari peluang tingkatkan jualan di sana.” Detik hati Lin ketika memanaskan kereta kesayangan nya.

Pukul 2:00 petang, kelihatan matahari memacak terang di atas kepala tetapi alhamdulilah tak berlindung dalam kereta. Kurang panas & bahangnya. Lin cuba memandu selaju yang mungkin untuk menuju ke Bernas demi menjalankan niat kerjanya tadi. Tak tahu arah tujuan & sebab yang dia perlu ke Bernas. Mungkin Lin sudah selesa di sana & menganggap staf2 sana seperti keluarga sendiri.

Sejurus sampai di pintu pengawal, Lin tak lupa untuk mengangkat tangan dan senyum comey pada pengawal yang sememangnya sudah kenal dengan kelibat Lin.

Di dalam pejabat

“Assalamualaikum….” salam aku pada semua staf2 Bernas.

“Waalaikumusalam…. Hai Lama tak Nampak.. Awat mai hari ni jumpa bos ka?” sapa salah seorang staf yang sememangnya aku sudah kenal.

“Aha nak jumpa bos.. “ jawab aku ambil senyum mengada… (sumpah manja gila senyuman aku nie ahhahhahahaa)

“Tak pa Lin dah call dah bos tadi, dia suruh tunggu sat.”jawabku lagi.

Sementara menunggu, Lin kelihatan selamba mendekati meja staf pak Moktar yang dia kenal dan borak mengenai Akikah anak perempuan, lembu dan kambing terlibat dan jumlah kenduri. Tak tahu sebab apa tiba2 Lin terdetik menanya tentang Akikah pada hari itu sedangkan dia boleh bertanya pada orang lain. Hanya Allahswt yang tahu.

“Pak Moktar, akikah anak perempuan kambing atau lembu?”

“Errr tak silap, kambing lembu pun boleh. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, ni hah.. mai Tanya abang ni. Dia pandai skit ustaz kat sini.” Jawab Pak Moktar sambil memanggil jejaka yang dimaksudkan Pak Moktar.

Jejaka berkenaan lalu mendekati meja Pak Moktar setelah dipanggil Pak Moktar.

“Ya, boleh saya bantu Pak Moktar?” Tanya jejaka tersebut.

“Ni hah Lin dok Tanya pasal Kikah. Hang tolong explain kat dia sat. Hang belajaq agama tinggi lagi.” Jawab Pak Moktar.

Lalu, jejaka itu memandang Lin dan bertanya pada Lin mengenai soalan Kikah. Lin pun dengan penuh semangat ingin tahu mengenai Kikah bertanya pada jejaka itu tanpa merasa segan. Baginya, jangan malu bertanya perkara yang kita tidak tahu.

“Macamni, Lin ada bela anak angkat perempuan. Umur dah dekat 12 bulan tapi tak buat kenduri Kikah lagi. Lepas tu, nak berjimat. Macamana nak kira kambing ka lembu?” Tanya aku pada jejaka itu.

“Dia macamni………………………………………….” Penjelasan dari lelaki itu yang panjang lebar sehingga aku tak mampu nak hurai. Sungguh kusyuk aku mendengar penjelasannya. Suara yang lemah lembut, suara yang sedap telinga ku mendengar, dan jelas apa yang dikatanya.”

Setelah mendengar penjelasan mengenai Akikah dari jejaka itu, Lin lalu memberitahu staf2 Bernas mengenai Baja, Padi benih dan lain2 business yang Lin lakukan sekarang. Kebetulan pula si jejaka itu mempunyai kebun buah2an dan selalu jadikan buah2annya satu sumber rezeki. Lin meminta number telefon demi meluaskan senarai kenalannya agar senang dikemudian hari untuk berhubung.

Ketika mereka leka menukar menukar telefon, salah seorang staf perempuan yang Lin panggil Kak Melor menegur Lin dan jejaka itu.

“Sorang buat buah2an, sorang lagi buat padi benih. Kalau bagi guu dua2 ni mesti hebat.” Usikan dari Kak Melur. *guu-satukan

Pada detik itu, Lin dan si jejaka bertentang mata dan mereka tersipu malu diusik oleh Kak Melur. Hanya Allahswt yang tahu perasaan mereka ketika. Malu dan segan teramat2. Daripada Cuma kenalan berniaga bertukar menjadi lelaki dan perempuan yang fitrah nya pemalu.




Rahsia Allah swt adalah sesuatu yang amat indah selagi kita percaya Allah memberikan kita yang terbaik..insyaAllah segalanya akan membawa nikmat yang tak ternilai...


Sememangnya Lin sudah menutup hatinya untuk bercinta dan memikirkan tentang perkahwinan. Tetapi, dia tidak pernah jemu untuk berdoa percepat jodohnya dan bertemu dengan lelaki solehah yang boleh sama2 menuju ke akhirat dengan hati yang gembira. Lin pasrah dengan takdirnya yang tidak menyebelahi dirinya untuk berkahwin dengan lelaki yang bercinta dengan nya sejak dari tahun 2011 lagi. Namun apa daya, cinta tak direstu oleh ibu dan abah disebabkan kekurangan pada lelaki itu.


“Ahhhh… Tak apa, insyaAllah redah jerlah. Nak buat macamana tak dapat restu & abah mama tak berkenan. Fokus kerja jelah.”kata2 yang dipegang Lin mengenai perasaan nya. Lin sudah khabar pada mama dan abahnya jika mereka terjumpa lelaki yang baik2, sedap mata memandang, dan agama ok, tak kisah untuk dijodohkan. Ada beberapa lamaran dari lelaki yang Lin kenal tetapi tidak satu pun yang Lin redha dengan mereka. Antara sebab2, muda lagi, tak matang, tak berdikari, tidak pandai mengambil hatinya. Bagi Lin, berdikari & matang factor yang membuatnya tetarik pada lelaki.

Adakah Lin akan terpikat pada jejaka yang diusik oleh Kak Melur itu?