Soalan Dariku Untuk Kekasih Hatiku

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima.


Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini menjadi cintamu di kala itu?



Semasa mengandung,
Aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?




Semasa mengandung,
Keupayaanku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Masihkah aku buah hatimu?








Semasa kita mula berumahtangga,
Pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.


Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?


Andai aku ditakdirkan diuji oleh ALLAH dengan mengalami kemalangan sehingga patah tulang kaki, sudikah dirimu menjagaku, memelukku dan menyayangiku. Adalah anda engkau wahai suamiku memenuhi segala permintaanku.







credit : http://pakarcinta.com/blog/soalan-isteri-untuk-suami/

Aku Lagik Power!!!

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !
MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling pow

What Goes Around, Comes Around

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki: I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
... Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..
Wanita 2: Me too sayang..
Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki: Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(An-Nur’:26)

Mak Abah, Bantulah Saya Nikah Awal

Mak......saya nak nikah awal....

Semasa meningkat remaja, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati?”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar?”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang!”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat?”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina!”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta..

Wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah,
kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah,
kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah,
inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…

Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

Only Allahswt Knows

Entry kali ni, teringin nak share perasaan dengan readers semua.

Masa raya haji ritu, tak silap dalam hari sabtu kot, aku berjalan nak ke bank.
Keadaan masa tu dah malam, dan tak berapa sedap badan sangat.

Terus melangkah dengan memakai kasut heel rose hitam. Saat melangkah keluar dari bank CIMB ntah macamana aku pitam/blackout. Sedar2 aku dah jatuh dan lutut sakit, kaki seliuh. Saat tu aku rasa lemah sangat. Masa jatuh kat area kedai makan, tak ada yang tolong aku. Aku berdoa dalam hati, "Ya Allah, tak ada sapa yang nak tolong aku ka?" Mata dah mula bergenang dengan air mata.
Alhamdulilah ada seorang gadis cina lari dan memapah aku bangun. Dalam hati, "Masih ada lagi insan yang tolong aku."

Gadis Cina tu tanya jika aku ingin ke hospital ka klinik ka, aku cuma jawab tak apa. sikit ja. Dan aku terus melangkah masuk kereta. Dalam kereta, aku tertanya2 apa yang berlaku pada aku sekejap tadi. Aku tak ingat apa2 sedar2 dah atas jalan.

Hari Ke 2:

Aku bersiap2 pakai baju raya ke rumah kawan baik aku kampung. Kaki masih lagi sakit2. Happy nak sambut raya haji dengan yang tersayang. Jatuh semalam aku ingat mungkin aku memakai kasut heel, jadi, aku take it safe, pakai kasut flat ja.

Rumah yang aku singgah tu rumah kayu dan luar banyak batu tajam. Aku tak jangka akan berlaku apa2, aku memegang tangan anak menakan kawan baik aku, "Haikal" turun tangga luar rumah. Aku menyarung kasut dan ingin melangkah. Secara tak sedar, aku tak dapat merasai kaki aku dan aku terjatuh lagi. Saat itu, air mata menitis menahan sakit luka berdarah lutut dan kaki seliuh.

Kawan aku datang dan memapah aku. Dia melihat anak mata aku. Aku tak dapat merasai kaki aku ketika itu. Aku nak melangkah tapi kaki aku tidak mengikut arahan. Dua2 belah kakiku seliuh dan lutut luka berdarah.

"What is happening to me?"


Andai lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Everything All right Now.


In love again make me happy and blessing. I know Allahswt meet me with him because He want to test me. InsyaAllah. I will not repeat same mistake again & try to take care of my new relationship. Like "he" said, " Couple kena ada perenggan." "Nak ada tangga makan masa."

Now, I on my way plan my future with him. InsyaAllah I hope he can wait for me & I also able to wait for him.

"Kita tak perlu mencari manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati. Cukuplah sekadar mempunyai seorang teman sejati yang menjadikan kita seorang manusia yang sempurna apabila bersamanya."

"Love is not how you forget, but how you forgive. Now how you listen, but how you understand. Now how you see, but how you feel. Not how you let go, but how you hold on."

" Tidak semua orang bertuah, Tidak semua orang memiliki apa yang dikehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain. Namun, sekiranya kita bersyukur dan menghargai. Percayalah, mungkin itu adalah anugerah terindah buat kita."

For Mak Abah

Entry untuk kali ni, kami nk dedicate lagu ni untuk mak abah kami. Kehidupan makin memisahkan kita, tapi jangan ingat kami tak ingat. U seek for desert, I seek for ocean.




Andainya Lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Semua Tentang Kita Lirik

Siti Nordiana - Kemana Hilangnya Cintamu

Semua Tentang Kita Lirik

Anang - Separuh Jiwaku Pergi ( Official Video Clip )

Awak, separuh jiwa saya pergi dengan awak. Saya rindu awak.. Saya selalu mimpi awak. Tak tahu kenapa. Saya nampak awak senyum kat saya.. Awak gelak2... hmmmm.......

Semoga awak bahagia dengan dia.... :/




Ungu Tercipta Untukku Lyrics

This is our song Ikan Kekek & QuekQuek.............. I wish he still remember me & this song.
Sebak Ya Allah, aku masih lagi ingat dia Ya Allah.. :/





Suka2~~

Kami nak share sat dengan hampa semua. Lagu ni kami dengar masa dalam kereta otw balik dari perlis. Sedihh woooo......Lately miss ridzuan so much. Doakan dia temui kebahagiaan dia noh........ rindu gak nak p tengok dia tapi takpalah. Dah dua kali kami p tengok dia kat pacifik. Banyak kali kami call dia tak jawab. Agak nya benci kot. Biar lah. He never think/miss me anymore. Bagus lah.. Tu tanda dia bahagia dengan Adilah Nordin.... :)
















Jalan2 Perlis Tasik Tasoh




Anyway, kami jalan Perlis jumpa abang angkat kami yang kenai sejak form 4. Bukan nak mengadu tapi mencari kegembiraan. Dia punya cakap masalah peribadi az & Mr F abang tak mau masuk campur macam kes az & ridzuan... huhuhuhuhuhu..... Hhahahahahaa puas jalan merata p Gua Kelam, P jalan2 pusing perlis, then kami p tasik resort apa ntah... memang best gila suasana dia.. Macam dah kat Bali pun ada, Hawaii pun ada sebab perliskan terkenal dengan bukit2 dia kat sana. Sat kami google sat cari tempat tu noh.. Cantik...ada hotel, ada chalet, ada tmpt kayak, ada tempat berBBQ, ada buaian.... Nak p lain kali nk bawa baju salin siap2 nak p main kayak.

Ohhhh I miss kayak. Last kali yang kami ingat kami berkayak di lautan Port Dickson. Best sangat2 sebab mencabar. Tak sama kayak sungai, tasik dengan laut. Kayak laut ni mencabar & laut mengelora. Tak setenang tasik & sungai. hehehe... Tak tangkap gambar pun sebab satgi Mr F nampak gambar mampuih kami kena tabuh dengan dia. Seronok sangat dapat spend time dengan kawan lama. Dia pun tegur kami kata kami dah berubah dah... Hehehhehee... I'll try to be me back macam duluw2. Tak mau dah emo sangat fikir ridzuan atau Mr F...... Thnx for the notice.

meh kita pakat tengok2 sat gambar Lake Tasoh Perlis... Jangan jelez tau ehhehehee..

Utk lebih informasi, klik sini, sini, & sini.


















Surat Untuk Yang Telah Disakiti

Teruntuk seseorang yang pernah ku sakiti.

Teruntuk seseorang yang kecewa dengan tingkahku selama ini, untuk dia yang terus berdiam diri, untuk seseorang yang pernah mengisi namanya dihatiku ini.

Assalamu’alaikum wahai engkau yang pernah tersakiti,

Lama kita tidak saling mengirim kabar, teramat lama juga kita membangun luka antara sesama kita.
Maafkanlah aku yang terus kecewa, maafkan aku yang begitu posesif ingin melindungimu namun aku tak pernah mengerti cara yang dewasa yang kau anggap baik untuk melindungimu.
Maafkanlah aku yang tak pernah dewasa dalam mengambil sikap.

Teramat lama aku ingin segera mengakhiri perang dingin ini. Teramat lama aku ingin kita kembali berteman seperti dulu lagi, tanpa harus ada makian antara aku dan kamu. Teramat lama dan telah teramat sesak aku menunggu waktu yang tepat untuk mengucapkan kata maaf ini. Maka maafkanlah aku.

Apakah engkau harus terus memegang kata: tidaklah mudah untuk memaafkan.
Bukankah Tuhan saja Maha Pemaaf, namun mengapa aku atau engkau tidak mampu memaafkan? Sudah menjadi tuhan-tuhan kecilkah kita?
Atau memang engkau telah memaafkan segala kesalahanku? Namun mengapa telah terputus tali silaturahmi diantara kita?

Jangan seperti itu. Sungguh jangan seperti itu. Janganlah begitu mudah memutuskan sesuatu yang berat, janganlah begitu mudah membenci sesuatu. Hal yang engkau anggap ringan itu sebenarnya adalah sesuatu yang berat di mata Allah. “Dan janganlah kebencianmu pada suatu kaum membuatmu berlaku tidak adil.”

Masih ingatkah engkau suatu kisah, dimana engkau bercerita: “Aku pernah memiliki seekor domba, dulu domba itu begitu kusayang. Kemana aku pergi domba itu mengikutiku, dan kemana domba itu beranjak akupun mengikutinya. Namun suatu hari aku amat begitu buruk dan membencinya, domba itu mulai sering mengomel. Dia mengoceh betapa aku harus lebih sering mandi, dia terus berkelakar bahwa tidak baik jika aku tidak mandi. Dia mulai sering mengkritikku. Aku marah. Aku ku tinggalkan domba itu sendiri. Tidak peduli dia mau mati atau terisak nangis sendiri. Bahkan domba itu mulai membentak bahwa selama ini aku tidak ikhlas menemaninya, padahal aku ikhlas.”

Dan aku pun tersenyum mendengar kisahmu. Aku pun berkata, “Mengapa tidak kau temani lagi dombamu yang sedang merajuk itu?”

Kau pun ketus menjawab, “TIDAK! Dia bukan dombaku!”

Tahukah engkau wahai seseorang yang pernah ku sakiti, aku pun kini merasakan apa yang dialami oleh domba itu. Terlalu sakitkah dirimu sehingga engkau begitu membenciku dan menjadikan aku laksana domba dalam ceritamu?

Jangan seperti itu. Sungguh jangan seperti itu. Janganlah engkau seperti Yunus ketika meninggalkan kaumnya karena kemarahannya akibat kezaliman kaumnya dan Allah pun memperingatkan Yunus, “Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.”

Dulu kita pernah berteman baik sekali, hingga aku pun mengerti kapan kau akan sakit dalam tiap-tiap bulanmu. Dulu engkau begitu pengasih, hingga tahu betapa aku menginginkan sesuatu dan engkaupun memberikannya. Dulu, kita berdua begitu baik.

Namun mengapa setelah datang kebaikan, timbul keburukan?
Sedari awal, aku telah memaafkanmu. Bahkan aku merasa, kesalahanmu di mataku adalah akibat salahku. Aku yang memulai menanam angin, dan aku melihat badai di antara kita. Badai dingin yang amat begitu menyesakkan. Paling tidak untukku.

Jangan takut jika engkau khawatir perasaan cinta yang dulu melekat akan kembali timbul. Aku bukanlah seorang baiquni seperti yang dulu lagi. Aku telah mengubah sudut pandangku tentang seseorang yang layak aku cintai. Aku sekarang sedang mencari bidadari.
Ingin aku bercerita kepadamu, kandidat-kandidat bidadariku.

Mengapa setelah habis cinta timbul beribu kebencian. Mengapa tidak mencoba membuka hati untuk seteguk rasa maaf. Jujur, bukan dirimu saja yang tersakiti, namun aku juga. Namun aku mencoba membuang semua sakit yang begitu menyobek hati. Andai engkau tahu wahai engkau yang pernah kusakiti.

Pernahkah engkau menangis karenaku seperti aku menangis karenamu? Seperti aku terisak dihadapanmu. Pernahkah?

Mungkin dirimu telah menemukan seseorang yang begitu engkau sayangi. Seseorang yang mampu membangkitkan hidupmu lagi, tetapi aku? Pernahkah engkau berpikir betapa hal yang engkau lakukan terhadapku begitu berdampak laksana katrina. Bahkan setelah itu aku masih memaafkanmu, bahkan aku menunduk memintamu memaafkan aku.

Sudah menjadi tuhan kecilkah dirimu? Bahkan Tuhan saja memaafkan.

Tahukah wahai engkau yang pernah tersakiti, betapa aku meneteskan air mata saat menulis ini. Betapa aku seolah pendosa laksana iblis yang terkutuk. Apakah engkau mengerti apa yang kurasakan? Mengertikah dirimu?

Tak pernah ada manusia yang luput dari suatu kekhilafan. Tidak aku, tidak juga kamu wahai engkau yang pernah tersakiti. Maka, bukalah pintu maafmu itu.

Untuk surat ini, untuk kekhilafanku yang lampau, untuk kenangan yang membuatmu sakit, untuk segala sesuatu tentang kita, aku minta maaf.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




credit : I love Allahswt

Maaf & Lupa


Post hari ni is about "Surat untuk Yang Telah Disakiti". I think readers know who is it. Suddenly I found this letter at Face book, you all can clik here to view the page. I was very touch once i read the letter.
Tiba-tiba terasa sebak pulak bila baca sebab selama ni kami memang tau apa yang terjadi salah kami. Im not mature yet, guys. So, please accept me for who I am.

Nabi Muhammad saw bernikah dengan Siti Khadijah sebab peribadi Khadijah sendiri. Cuba beza umur depa dua. Tu yang Nabi teramat kasihkan Siti Khadijah. InsyaAllah lani dah beransur-ansur try to be mature women ok. Not girl anymore. Tak lama dah nak masuk 21. Cepat dah masa berlalu. OK, back to the letter. Memang niat dalam hati boleh berkawan balik dengan ex sebab kami dengan ex kami tgh belajar degree kat ukm lani pun ok ja. Kami pernah jumpa, sembang2, dia bahagia lani dengan perempuan yang terima dia seadanya. Aku lah bodoh kot tak hargai dia. Mencari yang kat kolej last2 jumpa ex wan. Then, ex cari lain. Tinggal kami dengan Mr F. Pastu, kami tinggal Mr F sebab nak sambung belajar plak. Jadilah putaran hidup, life cycle. Harap2 sangat tapi ntah lah.

Pernah terjumpa wan kat pacifik tapi kami cuma bertentang mata jelah. jika dia nak berkawan balik, I will accept back. But only as friend. InsyaAllah kami akan berdoa dan terus berdoa untuk Allahswt lembutkan hati kami maafkan dia. Kami tunggu dia mai jumpa kami dan minta maaf face to face ja sebab dia putus dengan kami dalam phone & tak jumpa. It is really annoying bila break up melalui sms/phone. Macam takdak maruah ja. Masa couple, masa ajak tunang, masa prpose face to face, bertentang mata, pegang tangan, siap ada bunga lagi, tapi break up....


hmmm so please... if you want my forgiveness, ask me.
I just want to forgive you and forget you. Tak susah pun.
Ok guys, lets read the letter. I will share it in the next post eh...

Perhimpunan BERSIH 2.0


Entry kali ni berkenaan perhimpunan BERSIH yang insyaAllah akan berlangsung nanti. Ada cakap 7 Julai ada plak 10 Julai. Takpalah janji jadi sudah. Mula2 kami cuak jugak perhimpunan apa ni macam lain ja. Jadi, kami search kat internet & tengok kat fan page BERSIH kat FB. Ni perhimpunan untuk menyerahkan memorendum untuk beberapa perkara. Nak tau lebih lanjut kena lah search kt internet. Kami tak mau siapa2 salah faham dengan BERSIH ni. Cari & fikir. UMNO plak tengah nak halang siap dengan pertolongan media massa. Sebab tu kami tak minta pun practical kat mana2 tempat berkaitan dengan media sebab tak mau bersubahat especially media prima, tv1 dll. Kami ada terbaca satu quote ni " Kalu BERSIH haram, baju haram, dirampas, macamana plak dengan lumba haram? motor, baju kulit, kasut, sparepart kena lah rampas jugak kan.." Nampak tak beza dia? Disko, club, arak halal plak tapi perhimpunan haram. Ada ka hadis yang mengharamkan perhimpunan? memang ada tapi hadis yang nak menjatuhkan pemimpin yang beriman. Kalau nak menjatuhkan pemimpin yang jahil & tak beriman, boleh kot. Nak tau pemimpin yang beriman, look the family lah. Isteri, anak2.. Aurat depa tidak dipelihara oleh si suami si ayah. Why not marah & arah isteri & anak perempuan pakai tudung & tutup aurat? Kata utamakan rakyat. Family sendiri tungang langang. So, harap perhimpunan BERSIH dapat membuka mata banyak pihak. Takat ni ramai ja india, cina, omputih sokong BERSIH. Semoga Allahswt murah rezeki, pelihara diri para mereka yang hadir untuk perhimpunan BERSIH & lindungi mereka daripada bahaya. AMIN..... Layan sat sajak A.Samad Said "Unggun Bersih" khas untuk BERSIH.


Richie Ren cute lah

Satu lagi lagu kami suka suka suka sebab rancak & funny gitu... Richie Ren hensem kot...... suka..... minat dia dari kecik2 lagi. hensem & cute lah..... Ada dua tiga filem dia belakon. Lagu ni pun lawak ja lirik dia dengan background lagu guna guitar & loceng skit2.. dia pening dengan pmpuan ni, dia lelaki yg lonely dan belum berpunya. Dia minta pmpuan tengok dia bagi perhatian kat dia. Siap dia tuip2 apa nama harmonika. wahhhhhh sweet err.... attract kami kat dia. lepas ni nak cari movie dia plak lah... Dalam video ni dia suruh tengok dia, meh kita pakat2 tengok dia. kesian plak tak dak orang nak tengok dia ehhehee.... enjoy yew... wa chua khan yu khan sang khan siak khan.. lailailailailailai oh ah ho.. lai lai lai lai... hooooooooo :D


Sedih woooo Nangis kami

Kali ni, kami berjaya mencari lagu kesukaan kami bahasa cina. Tajuk dia"Tong Hua" maksud dia, hampa kena lah tengok video ni dulu baru tau maksud dia... Tengok laki ni sayang kat pmpuan ni. Pmpuan ni ilham kan dia note untuk lagu piano dia. Then, pmpn ni sakit & laki ni macam sedih sebab laki ni nak jadi apa yang pmpuan ni nak. Sedih ni... Geyau kami.... Nak sangat2 lelaki macamani.. Alhamdulillah dah dapat dah. Yang sanggup tunaikan impian kami, fairy tale kami nak keluarga & suami yang penyayang, beriman, caring, memahami, dan yang paling penting setia. Kenjoy the song ya... :)



Hillangkan Stress

Hari ni kami tak dak mood nak menulis sebab senak perut buat account & buat research proposal. Di samping itu, kami jugak nak tuju lagu kepada kawan-kawan kat Facebook & juga guest di shout box kami yang penakut & tiada maruah sebab maki hamun orang tanpa nama. nampak sangat cakap pandai. Biar pun dia cakap kami macam-macam2, sekurang2 nya kami tak kacau atau kutuk dia. kami kutuk orang lain hahahaha... Enjoy ya.... Lagu2 ni kami dengaq masa sekolah dulu & masa kecik2 lagi. Pengaruh tv err ni especially tv8 sebab selalu pasang lagu2 macam ni hehhehee....







Kenapa Dia Berubah?


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.