I Fall In Love With My BFF


Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Kita Sendiri?

Assalamualaikum..

              Kadang-kadang kawan baik kita sendiri boleh jadi boyfriend atau girlfriend kita. Mungkin juga pasangan hidup kita.. Suami or isteri kita..Kalau dah jodoh tak kemana kan? Dengan kata lain, kita jatuh cinta dengan kawan baik sendiri..Kenapa?

              Sebab kawan baik kita dah kenal kita macam mana dan faham kita luar dan dalam. Contohnya macam nie. Kau tengah marah dan kawan kau boleh cool downkan kau dalam keadaan emosi kau tak stabil sebab die tahu macam mana nak pujuk kau. Kadang2 kau tak cerita pape lagi pon, tapi dia dah leh agak something goes wrong somewhere..Haaa..hebat tak?

              Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita selesa nak bergaul. Contohnya, kau boleh gelak sesuka hati depan die, berjoget bila karaoke dan nyanyi sesuka hati kau biarpun kau tahu suara kau bukanlah sedap mana pun! Kalau dia nak kutuk pon kau tak pernah terasa hati..Kau pon kadang2 ada kutuk dia gak..Haha :D






               Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita tak malu and tak payah nak kontrol2. Contohnya, kau boleh je keluar dengan tak payah pakai pape mekap or berhias bagai. Natural je. Kalau kawan baik tu dah kenal kau lagi zaman sekolah, lagi la dia tak penah kisah coz dia dah tau camne comot kau time skolah. Hahaa..

               Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita suka dan tak suka. Contohnya, kau suka tengok movie Harry Potter. Dan kawan baik kau yang berlainan jantina tu sanggup download kan cerita Harry Potter demi kau dan bagi kau pendrive dengan penuh movie yang kau suka.

               Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita takut. Contohnya kau takut kucing. Kawan kau yang tu sanggup bawak dan alihkan perhatian kucing tu lari dari kau sebab dia tak nak kau menjerit-jerit "arhh kucing! kucing!" 

               Sebab kawan baik kita sanggup tolong kita dengan apa sahaja yang lebih macam bersifat peribadi. Contohnya kau ada hal penting nak pergi sesuatu tempat ni, tapi takde transport lak. Dia la sanggup datang jemput kat umah kau walau pun time tu dia tengah kerja!"Weyh, meh aku hantarkan"


 

             Sebab kawan baik kita adalah seorang akan selalu buat kita gelak dan gembira. Contohnya dia akan cakap benda-benda yang merapu dan merepek dan kita akan gelak sepuas-puasnya walaupun kita tahu benda tu sangat sangatlah mengarut dan tak logik.

             Sebab kawan baik kita adalah seorang yang prihatin dengan kau. Contohnya kau tak ada makanan atau tak sihat ke, dan kawan kau yang berlainan jantina tu tahu. So dengan tanpa pengetahuan kau, dia akan belikan makanan kat kau dan tak lama lepas tu text kau"Weyh turun cepat. Aku da belikan makanan dekat kau"

Dan...

             Sebab kawan baik kita tahu isi hati kita... Contohnya kalau kau tengah down dan rasa malu tapi tak ada siapa tahu, kawan kau sorang je yang berlainan jantina akan datang dan tanya"kau ok tak?" Dia la sanggup bagi pinjam bahu, pinjam telinga dan sebagainya untuk comfortkan kita. Kita pon tak segan2 nak luah masalah kat dia sebab time dia ada masalah pon dia citer kat kita gak. Time kau rase down gile dan takde tempat pon kau nak luah or nak cerita, hanya nama dia je yang terlintas dalam benak fikiran kau..iaitu kawan baik kau. Time tu lah kau akan terfikir, kalau dia sanggup bersusah senang dengan kau, walau kau tak pernah menjanjikan apa-apa, dan di saat kau takde pape..mungkin dia juga lah yang sanggup terima kau seadanya sampai bila-bila.





Jika Cinta, Usah lah Di kau Gila Oleh Cinta

                   Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta. kawallah diri, jangan terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.


                   Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawal diri jangan sampai dia bosan. Berpadalah padawaktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS kepadanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.



 

                  Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah atau gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.





                   Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakkannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu itu, dia akan bosan dan tertekan.







Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya...??? Dia mungkin ditengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersambut, bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. kemudian telefonlah balik. Jika dia masih tidak menjawab panggilan anda, fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

                    Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda tetapi hambatan kerja, kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun terletak proses perkenalan untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.






                     Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulangi bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak berupaya untuk melayani anda.

                      Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlau rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturutkan kerana nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati. 




                       Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kesah dengan perasaan orang.

                       Jika pasangan anda itu orang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan untuk mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah kalau orang memahaminya.

                       Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat, kita tidak perlu gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin kepada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman..


Enjoy the song!!! Jangan nangis ehhh




credit : http://wwwmyblogfirtz.blogspot.com/2011/12/awas-anda-mungkin-gila-oleh-cinta.html?spref=fb

Alhamdulilah Asyik Lena jaaaa

Kali ni nak share serba serbi tentang diri kami yang alhamdulilah sihat sikit dah. huuaaaa... bukan sikit, banyak lew... Cuma kerja lena jaaaa ^_^

Cuma masa pi sambut New Year kat Padang Kota Lama, dalam masa sehari tu Ya Allah, ada dekat 5 kali tidor. Seriusly rasa penat dan letih sangat2. Sedangkan bukan buat aktiviti sangat pun. Masa dok atas feri, dan lena sat. Sampai ja, nak cari hotel dan lena sat. Lepas tu, layan Kal Ho Na Ho. Then, sebelum tu cari Frutti Tutti. Sedapppppppp jumpa belah area2 Quessbay.

Malam masa bertolak dari hotel ke padang kota lama, lena lagi. Huahuahuahuhua.... Kerja lena ja.. Aduiiiii.. Mesin down kot tu kerja lena. Penat berkerja. Penang selalu dah pi, tapi kali ni lagi best sebab tak payah drive. Dapat lena, makan, jalan2, dan menikmati cuti dua hari.

Mai tengah malam dok tengah layan konsert, ada ka terlena. Lena lagiiii...... Walaupun sat ja tapi lena lah pendek kata. Esok tak jadi swimming pool sebab tak larat sangat2. Sejuk ketaq tidoq hotel. Kami dah jenis cepat sejuk, ketaq errrrr...... Siap2 nak pi pekena laksa kat kedai pak teh, dan lena sat. huahuahuahuaaa.. Lena lagii.... Kami jumpa Bunkface dok kat kedai Laksa Pak Teh. Nampak lah Sam, geng2 depa.. Senyap ja tak plak peminat serbu. Aku nak pi tangkap gambar tak dan, tengok2 depa dah balik T_T

Masa on the way nak balik, dan lena jugak. huhuhuhuhuhu... Lena dari Seberang Prai hingga lah selamat tiba. Malam balik rumah lena lagi.. Dasat ni kerja lena ja...............

Maaf abang long, adik perempuan mu ni menghidap Anemia/ Kekurangan Darah Merah.
Tanda2 orang menghidap Anemia :
  • Kelihat Pucat (Lihat bawah mata, bibir, kuku)
  • Keletihan
  • Kurang Selera Makan
  • Sakit Kepala
  • Jantung berdebar
  • sesak nafas
  • Tekanan Perasaan
  • Nak pitam bila bangun (dari tidor, berdiri dll sbb jantung perlu kerja kuat pam darah untuk sampai ka saraf2, urat dll)
  • Blur
  • Fikiran keliru
  • Cepat jatuh sakit
  • Pengawalan motor badan lemah (cth selalu terjatuh, tak dapat kawal dll)
  • Setiasa pening
  • Selalu kebas kaki dan tangan
  • Sejuk kaki dan tangan (disebabkan darah tak cukup)

Kami cuba sedaya upaya berfikiran positif dan cuba mengatasi keadaan ini. Apa yang doktor rekomen???
  • Jaga kebersihan nak elak penyakit sebab orang Anemia ni antibodi depa lemah noee
  • Makan benda yang ada zat
  • Rehat dan lena secukupnya
  • Makan ubat
Tu yang kerja lena jaaaaaaa............ ahahhaa
Babai... Keep In touch lagi yup.. Meh layan beberapa gambar kucing2 sedunia lena XOXO


Add Video