3 Days Before Engagement

22 Mei 2012

“Nab, t aku tunang aku nak selit bunga kat tudung aku tau,, Xkira juga.. Ok tau.. Nak letak bunga rose.” Text sms aku pada girlfren Bella@Kak Nab.


“Nak cari mana lak bunga? Hang tung cm pe.wat mse nikah tu.” Jawab sms kak nab.
“Nak bunga plastic ka bunga fresh?” balas.
“Bunga Fresh.” Jawab kak nab.
“Kecik ka besar? Nak berapa kuntum? Nak letak rose merah /pink kt tudung.. cantik juga..”
“Nanti aku bgtau hang gaya camna.” Jawab kak nab.
“Balik cepat….” Balas aku.


Lagi dua hari lagi untuk hari pertunangan… Debar dan nervous tu of course lah ada. Selalu kalau datang office ja mesti pagi dari pukul 8:30 hingga pukul 12:00pm ja kerja jalan. The rest tu tengah cakap phone, tengah susun atur, tengah fikir nak indahkan lagi hari bersejarah.

Although agak sedih sikit sebab perlu atur dan brainstorm dengan kak nab, perkahwinan adalah impian yang Lin tunggu dan nanti2 kan. Kadang sedang fikir, menitis air mata. Perlahan-lahan air mata turun di pipi, sambil tunduk kepala, Lin pujuk hati cuba bersabar. Susah dulu, senang kemudian. There will be happiness after sadness.

Walaupun impian nak ada majlis tunang normal seperti gadis-gadis lain, Im sure that Allahswt dah atur yang the best untuk Lin. Mungkin Dia bagi Lin atur persiapan pertunangan, bagi lin lebih berdikari & bertanggungjawab. Apa barang jika give up. Tu baru tunang, belum nikah, belum kenduri lagi.

Syukur ada bestfriends, cousin, pak tam, mak long, bloggers dan kawan2 yang bagi semangat. Kadang2  cerita dalam FB tentang pertunangan, pernikahan. Biarlah kalau ada orang menyampah pun. I want to share my happiness with my friends.

Lagi dua hari nak bertunang, tengahari kelmarin call my dad tanya tentang laksa perlis. Dia uruskan nanti. Lepas tu, call Pak Tam untuk persiapan rumah nanti. Alhamdulilah depa urus. Then, brainstorm untuk reka pelamin mini untuk sarung cincin nanti.
Then, terlupa kejap tentang hantaran untuk lelaki tak siap lagi. YA Allah… macamana aku boleh lupa ni. Then, shopping untuk perhiasan rumah pak tam pun belum buat lagi.




Jadual until My Engagement


Rabu petang & malam : Shopping untuk mini pelamin


Khamis pagi                : Drop by rumah Mak Long Kepala Batas buat hantaran untuk lelaki


Khamis petang/mlm     : Drop by rumah Pak Tam Pendang untuk kemas2 & pelamin mini


Jumaat pagi                 : Set up untuk makanan, jemput mak long datang rumah (sure meriah)


Tengahari                    : Bawa baju ke butik untuk make up & siap2.. (Ya Allah nervousnya)


Pukul 2:00                   : Kena rushing balik sebab nak siap2 apa yang patut


Pukul 3:00 lebih2         : Pihak lelaki datang. (Malunyaaaaaaaaaa…..)


Petang                         : bergambar kot. Hihihihih ^_^


Malam                         : Kemas rumah & sengih sampai ketelinga :D

Allahswt permudah urusan kami dunia & akhirat. Kebahagiaan menanti di hadapan.




No comments: