Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…


Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)



Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/11/debat-professor-atheist-dengan-pelajar.html#ixzz0xjv7Cp2Uv


........Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.


Jika kaum Hawa Menangis Di hadapan Kaum Adam

Bismilahhirahmannirahim....

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu….

“Hargailah Ia Sblm Terlewat…”
Jika Seorang Isteri Menangis Di Hadapanmu,
Itu Bererti Dia Tidak Dapat Menahannya Lagi…

Jika Kau Memegang Tangannya Saat Dia Menangis, Dia Akan Tinggal Bersamamu Sepanjang Hidupmu..

Jika Kau Membiarkannya Pergi, Dia Tidak Akan Kembali Menjadi Dirinya Yang Dulu, Selamanya!
Seorang Isteri Tidak Akan Menangis Dengan Mudah, Kecuali Di Depan Orang Yang Sangat Dia Sayangi, Dia Akan Menjadi Lemah!

Seorang Isteri Tidak Akan Menangis Dengan Mudah, Hanya Jika Dia Sangat Menyayangimu.
Dia Akan Menurunkan Rasa Egonya.

Wahai Suami2, Jika Seorang Isteri Pernah Menangis Keranamu, Tolong Pegang Tangannya Dengan Penuh Pengertian.
Kerana Dia Adalah Orang Yang Akan Tetap Bersamamu Sepanjang Hidupmu Disaat Kau Terpuruk Terlalu Dalam …

Wahai Suami2, Jika Seorang Isteri Menangis Keranamu, Tolong Jangan Menyia-Nyiakannya. Mungkin, Kerana Keputusanmu, Kau Merosakkan Kehidupannya.
Saat Dia Menangis Di Depanmu, Saat Dia Menangis Keranamu. Lihatlah Jauh Kedalam Matanya. Dapatkah Kau Lihat Dan Kau Rasakan Sakit Yang Dirasakannya Keranamu ?

Apakah Keistimewaan Perempuan Ini ? ”

Di Balik Kelembutanya Dia Memiliki Kekuatan Yang Begitu Dahsyat..
Tutur Katanya Merupakan Kebenaran..

Senyumannya Adalah Semangat Bagi Orang Yang Dicintainya. .

Pelukan & Ciumannya Bisa Memberi Kehangatan Bagi Anak2nya..

Dia Tersenyum Bila Melihat Temannya Tertawa..

Dia Terharu Dia Menangis Bila Melihat Kesengsaraan Pd Org2 Yg Dikasihinya. ..

Dia Mampu Tersenyum Dibalik Kesedihannya. .

Dia Sangat Gembira Melihat Kelahiran..

Dia Begitu Sedih Melihat Kematian..

Titisan Air Matanya Bisa Membawa Perdamaian.

Tapi Dia Sering Dilupakan Oleh Suami Kerana 1 Hal…

Bahawa “Betapa Berharganya Dia”…

http://www.lailahaillallah.com/NorAzri_Azahar/blog/jika-isterimu-menangis