Fitnah & Gosip, Aku Tak Suka!!

Sejak beberapa hari ni, terasa nak post something kat blog. Rindu nak start tulis diary balik cuma tak sempat nak singgah kedai buku ja beli buku baru. Actually, diary yang lama still ada banyak lagi page tak guna cuma diary tu dah half semua tentang my life, my ikan kekek & college. Jadi, ingat nak start buku yang baru masa practical ni sebab perasaan sama sekali berbeza.

Masa dekat last day stay kat hostel jerjak kan, memang berat hati nak tinggal my bff Siti & Bella. Even masa tu seriusly I gaduh dan misunderstanding dengan classmate. Ada gosip & fitnah dari mulut sahabat2 aku yang aku kenal dari sem1 mengata kan & menunding jari & jadikan aku kambing hitam sebab dinner tak jadi. Sedangkan aku dah prepare baju nak pakai, beli tiket bus nak balik on that day yang ada dinner. Takkan lah aku plak yang cakap dinner tak jadi, cancel sedangkan aku dah prepare? Nampak sangat ada orang tak puas hati, & dengki dengan aku. Dan aku dah dapat tau sapa yang start sebut nama aku. Semoga hidup dia diberkati sebab aku takkan maafkan dia selagi dia tak mai minta ampun dengan aku.

Pople, jika ada someone mai habaq kat hampa apa2 gosip ka, berita ka hampa layan ja.. Tapi ingat, kita tak tau depa tu cakap betui ka tokok tambah ka dengaq dari orang lain ka. Paling senang, hampa mai tanya orang tu sendiri & hati kena lah yakin. Ni dak, aku tengok ada yang jenis mai dengaq apa pendirian kita tapi dia senyap. Dalam hati, "eleh, menipu err tu... muka bujet suci ja, innocent ja tapi dalam hati busuk ja... cakap plak belit2.." Ehhh braii...... Hang tu siapa nak judge macam tu? Tuhan ka? Hang tu elok budi pekerti macam Nabi ka?

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah ni tak ada faedah nya. Cuma nak bagi sedap mulut & hati ja cakap kawan tu kawan ni. Tujuan?? Nak mengaibkan, memalukan, menjatuhkan maruah dan menambah pahala kawan tu. Cuba lah hampa2 yang pernah dengar fitnah, gosip, berita dn lain2 lagi try back up kawan tu yang kena/jadi mangsa. Selama aku belajar kat kolej kan, ada 3 jenis manusia yang reaksi depa dalam kes macam ni.

1. Jenis dengar....Angguk...Layan ja... Senyap ja kurang bagi pendapat.. Habis, takat tu ja... Jenis macam ni aku suka sebab gosip lah dengan depa pun, kita boleh percaya depa takkan buka mulut p cerita kat orang lain. Ada 3 orang ja aku agak lah tau depa macamana... Seronok bergosip dengan depa tapi depa chillax ja. Tak take it serius dan habis gosip, done.

2. Jenis dengar & tambah. Orang macamni mula2 reaksi dia.." Ya ka dia yang cakap/buat?? sambil curious nak tahu. Start lah sesi bergosip depa2 ja... riuh rendah. Habis, bukan takat tu ja.. Bila orang yang depa gosipkan jumpa ka, mai sembang ka, nampak sangat muka hipokrit. Muka takut2, rasa bersalah. Tu yang aku tau siapa yang gosip pasal aku ni dia takut nak cakap dengan aku hehehe.. Aku ada kenal 2, 3 kat kolej macamni. Memang pandai bergosip..

3. Jenis dapat tau, dengar, sebarkan. Dia try nak tau siapa yang cakap, dapat tau, dia tak check apa dah dengan punya nama terus hebohkan...Yang ni dalam kelas aku ada sorang ja yang aku kenal. Tu bila ada gosip kata nama aku yang kes dinner tu, aku awal2 think 4sitive lah sebab aku baru ja nak baik2 dengan orang tu... Then, aku siasat2 dengan lecturer, kawan2 lain, memang budak ni lah riuh nama aku. Tak lupa jugak kelas lain yang start sebut nama aku tanpa check apa2. Ahamdulilah, banyak lah pahala aku nanti ehhehehhee......

Tankiu korang sebab gosipkan aku, sebarkan fitnah sampai satu kelas benci aku, & sakitkan hati aku. Hari ni hari korang, esok2 korang plak kena. What goes around comes around braii... Tengok hadis bawah, mesti korang tak takutkan hukum Allahswt tu korang berani buat fitnah.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

(klik sini untuk article sepenuhnya.)

Hah, amik sekali. Memang tak ampun lah. Geram geram geram sangat2..

Wahai2 reader2 sekalian, berhati2 lah dalam bergosip. Sebab dari gosip tu lah mai nya fitnah. Dri fitnah tu lah dosa kita bertambah. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Ada yang muka baik, hati busuk. Ada yang muka buruk, hati baik.. Ada yang muka tak lawa & hati tak lawa. Ada yang muka lawa & hati lawa. Tapi payah nak jumpa lani. Ada plak yang suka menuduh orang lain hati busuk tapi diri sendiri tak mau check. Tapi takpa, skurang2 dia beri peringatan pada orang lain tentang buruk orang lain. Kita pun belajar yang dia ni tak boleh buat kawan. Hati busuk nak sebar fitnah, aibkan orang lain. Even kawan sebilik ka... Cuba bayang sebilik ada 6 orang, 6 mulut, 6 hati. Sama ka semua? Of course tak.

So, dengan siapa kita kawan tu lah diri kita. Kalu depa solat, insyaAllah kawan2 yang lain ikut terasa nak taubat. Tapi jika kawan dengan jenis lalai, tak ingat solat, tak ingat hukum Allahswt, tak jaga aurat, ingat nak seronok & fun ja, makin jauhlah kita dengan Allahswt. Sekali kita jauh dari Allahswt, lagi jauh Allahswt dengan kita. Lagi lah kurang rahmat & nikmat Dia nak beri.

Bicara lah benda yang baik. Jika mengaibkan orang lain, diam jelah k. Tak rugi apa2 mungkin kita dipinggirkan ja orang kawan2 lain. Mati kubur asing2. Pahala, dosa pun sendiri. Jangan sebab kawan kita tak kisah & ambil mudah semua ni. Kawan kita boleh cari, tapi kawan sejati susah nak dicari. Kawan gosip pun senang. Berdasar pengalaman di kolej, nilah rumusan yang dapat diluahkan. Di sini lah aku belajar yang ada juga manusia suka bergosip & jadikan sebagai hobi. Hmm..... .....

Renung2kan & selamat beramal~~~

p/s: post ni tidak berniat singgung hati siapa2 cuma pesanan & nasihat berdasarkan pengalaman & peringat pada yang lain.




No comments: