Tangisan Air Mata

Tangisan Air Mata yang mengalir di pipi menceritakan seribu erti.. biar pun manis, pahit, pedih, suka dan juga duka ianya tidak menjadi penghalang slagi air mata ini ingin menitis...

dari kecik lagi aku slalu tengok orang sekeliling aku mengalirkan air mata.. tak ketinggalan, ada yang aku memahami bhawa mereka sedang mnangis di dalam hati tetapi mereka xberupaya untuk tunjuk pada orang lain..
  • mama
  • abah
  • abang2
  • kawan2
  • pakwe

Persoalannya, kenapa semua ini berlaku? kenapa kita menangis? kenapa kita mengeluarkan air mata?

yang aku tahu, lazimnya kita menangis bila hati kita tersentuh atau dlm bahasa Inggeris, touching.. Selain itu, kita menangis apabila kita sudah tidak tertahan menanggung sesuatu keadaan.. kita perlu menangis utk mengurangkan beban yang kita tanggung di dalam hati..

bila aku menangis, aku selalu teringat suatu peristiwa di rumah mama.. bila aku imbas kembali, aku jadi lebih semangat nak terus hadapi hidup.. siapalah aku untuk mengadu tentang sukarnya hidup ini kalau dibandingkan dengan mereka yang menghadapi pelbagai kesukaran.. aku hanya seorang perempuan, hamba Allahswt, anak, pelajar dll..

aku penah tnya mama knapa dia nangis, time tu aku kecik g memang xpaham apa2... mama pn jawab lah xda apa2.. cuma sakit mata lah, sakit tu lah whatever ja...

skarang ni, aku xperlu tanya untuk tahu maksud tersirat stiap air mata tue...

ritu aku balik umah time cuti kuaritin, ntah tetiba ada suatu malam tu aku terdetik untuk jenguk bilik mama, apa yg aku nampak..

mama tengah menangis teresak2.. mendayu2.. dia baru sudah menunaikan solat.. secara xsedar air mata aku meleleh... aku cuma diam seribu bahasa..perhati setiap air mata yang mengalir itu tanpa aku berkata2 apa2.. sekarang pun aku tengah sebak bila nak tulis benda ni.. aku ingat lagi malam tue..

mama menangis sebab dia tertekan & perlu perhatian dari keluarga, rakan2 dan masyarakat..

aku selalu ingatkan mama yang Allah swt sdg mguji keimanan dia.. xsemua yang pahit tu buruk.. ada hikmah sendiri.. dah tu, Allahswt juga mguji aku sbagai anak y bertggjawab utk bantu mgurangkan luka di hati mama..

Sementara itu, abah pula aku dah xsimpan dendam apa2 dah.. aku redha dengan apa yang berlaku.. cukup sudah luka di hati ku sbagai seorang anak yang ditinggal ibu bapa..

Dulu, aku marah teramat2 kat abah sbb tinggalkan aku sendirian lepas mama tinggalkan aku.. skarang, aku percaya mereka sedang terima ujian Allahswt.. aku dah xmarah pada mereka yang tinggalkan aku disaat aku perlukan mereka... Abah pun ada gtau dia rindu kan aku, satu2nya anak perempuan dia.. rindu aku sapu minyak di kaki, picit2kan kepala, rindu aku peluk mereka ketika tidur, rindu aku usik mereka... terlalu banyak untuk di ceritakan...

17tahun hidup bersama mama & abah cukup bagi aku untuk redha segala2nya..

aku sedar xsemua yang kita nak akan berlaku.. Kita hanya mampu merancang tapi Dia, Allahswt tentukan perjalanan kita..

yang sure, aku nak mama & abah tahu aku syg kt mereka.. aku akan sentiasa doakan mereka sehingga ajal tiba, insyaAllah.. biarlah aku terima segala duka asalkan aku dapat tengok senyuman mereka..

Maafkan mereka seperti mana mereka maafkan setiap kesalahan kita.. Mereka pun manusia biasa yang mencari2 sumber kasih sayang sperti mana kita pun perlukan kasih sayang.. sama2 lah kita melengkapi antara satu sama lain.. Mari lah kita berdoa untuk ibu bapa kita yang sedang menanggung segala rintangan hidup..

"Ya Allah ya Tuhan ku, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku.. berkatilah mereka.. jauhilah mereka daripada bisikan syaitan yang direjam.. Kau permudahkanlah segala urusan mereka di dunia mahupun di akhirat.. Tunjukkanlah mereka jalan Mu dan Kau tabahkanlah hati mereka untuk menghadapi hari2 yang akan datang.."

No comments: