Perhimpunan BERSIH 2.0


Entry kali ni berkenaan perhimpunan BERSIH yang insyaAllah akan berlangsung nanti. Ada cakap 7 Julai ada plak 10 Julai. Takpalah janji jadi sudah. Mula2 kami cuak jugak perhimpunan apa ni macam lain ja. Jadi, kami search kat internet & tengok kat fan page BERSIH kat FB. Ni perhimpunan untuk menyerahkan memorendum untuk beberapa perkara. Nak tau lebih lanjut kena lah search kt internet. Kami tak mau siapa2 salah faham dengan BERSIH ni. Cari & fikir. UMNO plak tengah nak halang siap dengan pertolongan media massa. Sebab tu kami tak minta pun practical kat mana2 tempat berkaitan dengan media sebab tak mau bersubahat especially media prima, tv1 dll. Kami ada terbaca satu quote ni " Kalu BERSIH haram, baju haram, dirampas, macamana plak dengan lumba haram? motor, baju kulit, kasut, sparepart kena lah rampas jugak kan.." Nampak tak beza dia? Disko, club, arak halal plak tapi perhimpunan haram. Ada ka hadis yang mengharamkan perhimpunan? memang ada tapi hadis yang nak menjatuhkan pemimpin yang beriman. Kalau nak menjatuhkan pemimpin yang jahil & tak beriman, boleh kot. Nak tau pemimpin yang beriman, look the family lah. Isteri, anak2.. Aurat depa tidak dipelihara oleh si suami si ayah. Why not marah & arah isteri & anak perempuan pakai tudung & tutup aurat? Kata utamakan rakyat. Family sendiri tungang langang. So, harap perhimpunan BERSIH dapat membuka mata banyak pihak. Takat ni ramai ja india, cina, omputih sokong BERSIH. Semoga Allahswt murah rezeki, pelihara diri para mereka yang hadir untuk perhimpunan BERSIH & lindungi mereka daripada bahaya. AMIN..... Layan sat sajak A.Samad Said "Unggun Bersih" khas untuk BERSIH.


No comments: