Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

I Fall In Love With My BFF


Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Kita Sendiri?

Assalamualaikum..

              Kadang-kadang kawan baik kita sendiri boleh jadi boyfriend atau girlfriend kita. Mungkin juga pasangan hidup kita.. Suami or isteri kita..Kalau dah jodoh tak kemana kan? Dengan kata lain, kita jatuh cinta dengan kawan baik sendiri..Kenapa?

              Sebab kawan baik kita dah kenal kita macam mana dan faham kita luar dan dalam. Contohnya macam nie. Kau tengah marah dan kawan kau boleh cool downkan kau dalam keadaan emosi kau tak stabil sebab die tahu macam mana nak pujuk kau. Kadang2 kau tak cerita pape lagi pon, tapi dia dah leh agak something goes wrong somewhere..Haaa..hebat tak?

              Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita selesa nak bergaul. Contohnya, kau boleh gelak sesuka hati depan die, berjoget bila karaoke dan nyanyi sesuka hati kau biarpun kau tahu suara kau bukanlah sedap mana pun! Kalau dia nak kutuk pon kau tak pernah terasa hati..Kau pon kadang2 ada kutuk dia gak..Haha :D






               Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita tak malu and tak payah nak kontrol2. Contohnya, kau boleh je keluar dengan tak payah pakai pape mekap or berhias bagai. Natural je. Kalau kawan baik tu dah kenal kau lagi zaman sekolah, lagi la dia tak penah kisah coz dia dah tau camne comot kau time skolah. Hahaa..

               Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita suka dan tak suka. Contohnya, kau suka tengok movie Harry Potter. Dan kawan baik kau yang berlainan jantina tu sanggup download kan cerita Harry Potter demi kau dan bagi kau pendrive dengan penuh movie yang kau suka.

               Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita takut. Contohnya kau takut kucing. Kawan kau yang tu sanggup bawak dan alihkan perhatian kucing tu lari dari kau sebab dia tak nak kau menjerit-jerit "arhh kucing! kucing!" 

               Sebab kawan baik kita sanggup tolong kita dengan apa sahaja yang lebih macam bersifat peribadi. Contohnya kau ada hal penting nak pergi sesuatu tempat ni, tapi takde transport lak. Dia la sanggup datang jemput kat umah kau walau pun time tu dia tengah kerja!"Weyh, meh aku hantarkan"


 

             Sebab kawan baik kita adalah seorang akan selalu buat kita gelak dan gembira. Contohnya dia akan cakap benda-benda yang merapu dan merepek dan kita akan gelak sepuas-puasnya walaupun kita tahu benda tu sangat sangatlah mengarut dan tak logik.

             Sebab kawan baik kita adalah seorang yang prihatin dengan kau. Contohnya kau tak ada makanan atau tak sihat ke, dan kawan kau yang berlainan jantina tu tahu. So dengan tanpa pengetahuan kau, dia akan belikan makanan kat kau dan tak lama lepas tu text kau"Weyh turun cepat. Aku da belikan makanan dekat kau"

Dan...

             Sebab kawan baik kita tahu isi hati kita... Contohnya kalau kau tengah down dan rasa malu tapi tak ada siapa tahu, kawan kau sorang je yang berlainan jantina akan datang dan tanya"kau ok tak?" Dia la sanggup bagi pinjam bahu, pinjam telinga dan sebagainya untuk comfortkan kita. Kita pon tak segan2 nak luah masalah kat dia sebab time dia ada masalah pon dia citer kat kita gak. Time kau rase down gile dan takde tempat pon kau nak luah or nak cerita, hanya nama dia je yang terlintas dalam benak fikiran kau..iaitu kawan baik kau. Time tu lah kau akan terfikir, kalau dia sanggup bersusah senang dengan kau, walau kau tak pernah menjanjikan apa-apa, dan di saat kau takde pape..mungkin dia juga lah yang sanggup terima kau seadanya sampai bila-bila.





Jika Cinta, Usah lah Di kau Gila Oleh Cinta

                   Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta. kawallah diri, jangan terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.


                   Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawal diri jangan sampai dia bosan. Berpadalah padawaktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS kepadanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.



 

                  Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah atau gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.





                   Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakkannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu itu, dia akan bosan dan tertekan.







Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya...??? Dia mungkin ditengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersambut, bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. kemudian telefonlah balik. Jika dia masih tidak menjawab panggilan anda, fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

                    Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda tetapi hambatan kerja, kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun terletak proses perkenalan untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.






                     Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulangi bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak berupaya untuk melayani anda.

                      Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlau rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturutkan kerana nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati. 




                       Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kesah dengan perasaan orang.

                       Jika pasangan anda itu orang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan untuk mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah kalau orang memahaminya.

                       Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat, kita tidak perlu gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin kepada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman..


Enjoy the song!!! Jangan nangis ehhh




credit : http://wwwmyblogfirtz.blogspot.com/2011/12/awas-anda-mungkin-gila-oleh-cinta.html?spref=fb

Andai lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Happy Birthday Awak.....




Happy Birthday awak..... Selamat hari lahir yang ke 22 tahun..
Saya minta maaf tak dapat nak sambut dah dengan awak.. Awak dah jadi kekasih hati orang lain..
Tapi apa2 pun, saya tetap nak ucap jugak Selamat Hari Lahir.... Semoga awak sihat sejahtera selalu, gembira selalu, tak sedih2 & tak moody2..... Then, saya doakan kejayaan awak dunia & akhirat.. Masa depan awak rezeki melimpah ruah.... Mak yang sihat dan keluarga yang bahagia..

Awak..... Saya rindu awak... Sebak hati saya... dah 2tahun kita sambut bvday awak....
Tahun lepas. 23/4/2010, saya buat suprise bvday kek untuk awak.. Sebab saya nak awak gembira & ingat selamanya kenangan...Saya tak pernah dapat suprise bvday kek dari siapa2..... Jadi, saya nak rasai kegembiraan dengan melihat awak gembira. Saya & mama tong-tong duit belikan kek blueberry secret recipe untuk awak... (Ada gambar tapi.............hmmmm....)

Puas saya pujuk mama nak duit sikit. Macam2 sebab saya bagi tapi sebab yang paling kukuh adalah, "maa......boleh laaa...wan xpernah ada org sambut bvday dia.....cik nak buat utk dia...mana tau esok lusa dah xblh da.....ma, blh la...blh laaa.......cik janji balik cik jadi bibik mama....." Then, mama fikir kot...then dia bg 50ringgt.....

Dengan berbekal kan 50 ringgit & 50 ringgit dari saya, saya kuar outing sorang2 ke bandar...... semata2 nak cari kek.... Bila sampai ja, saya fikir awak suka kek ape ehhh??? Hah, awak suka blueberry kan.... Dulu, saya pernah beli kek kecik makan kat rumah mama....Masa tu awak ada sama, awak pun nak jugaaa.....Macam budak2... ehhehehehe Saya ingat lagi muka awak dapat makan kek.... sweet~~~~~ ^_^

Saya bungkus kek awak....Doa dalam hati Ya Allah, beri lah kegembiraan padanya dissat dia lihat kek nie.......Ni tanda aku sgt myayangi nya..... Balik kolej, saya pujuk akak cafe simpan kek awak sebab tak mahu cair....Yeayyyy success......

Malam ni, awak mesej cakap dah on the way dari rumah shah fikry.... Saya ingat awak kat mana awak stay malam tu.... Saya nervous sangat2....takut awak tak jadi datang... Sebab tu saya pakat dengan bff awak, fahmi mesej tanya tentang awak..... Alih2, saya tak sangka fahmi yang kenal kan awak dengan adilah, siap cakap awak single & cakap saya toilet busuk.... Saya tak kisah awak.... Mereka tak kenal saya macam awak kenal saya..... Biar lah dorang cakap apa pun....

Malam tu, awak datang......Saya tertekan sangat2 tertunggu awak....dengan saya ajak kawan2 saya..... pasang lilin tapi bubuk & the geng usik saya asyik tiup bagi padam...... Saya marah...
Bila sampai ja, saya suprise awak....Awak blurr kejap...... then awak lari..... hehhee... Saya sedih sangat bila awak lari..... Then saya buat drama merajuk konon nya...... Saya tengok dari jauh awak mencari saya..... Saya tahu awak sayang sangat saya kan.... Lama sikit, saya datang kat awak....... Rupa2nya awak lari sebab awak nak beri hadiah lampu kat saya...... Sweet awak... Tacing errr saya......... I love you dear.......... Then, saya nampak mata awak bersinar sambil potong kek..... Saya minta maaf calit kek terkena mata awak...... Maaf saya ehhhh.... ni 1st time bagi saya....... Awak tengok kek awak, awak tak tengok benda lain dah....... Seronok nya saya ada saya & bff awak abg mino, syazwan, shah, fahmi...cuma helmi ja tak ade...Alhamdulilah.......

Malam tu, awak tanya saya.....awak nak tidor hostel ka luar? sebenarnya awak, saya tipu awak.... Saya nak spend masa dengan awak last kat cafe & kolej..... Tapi saya faham awak lebih utamakan kawan2 awak......Saya tipu awak cakap, awak g lah tidor rumah kawan awak..... Malam ni mesti dorang kuar kan.... dengan sayang selalu dah ayang jmpe sayang kan... Apa salah nya...... Then, awak cakap Thank you sayg............ Tak pe awak.....Tipu saya janji awak happy.... Malam tu kita mesej, awak happy dengan saya... Tak pernah ada orang suprisekan awak... Tambah2 dengan kek plak kan..... Awak cakap awak cinta saya sgt2......... Bahagianya saya awak....

Esok tu, saya tengok FB kawan2 awak...... Hepi nya awak mlm tu awak lepak2 kat Teluk Cempedak (TC) dengan kawan2 awak...... untuk terakhir kali nya......time hantar report lah awak nak jumpa dorang semua kan... Macam2 gaya.....lihat terjelir lah, pose cmtu.... awak tahu, saya curi save gambar awak dengan kawan2 awak...... sebab nanti saya nak awak ingat tentang kawan2 awak sepanjang awak belajar di kpm... Saya tahu laptop awak selalu rosak, tapi nanti saya cuci & letak album untuk awak ehhhh

Heppi nya birthday awak kali ni kan..... Dapat kek, ada kawan2...... Saya nak awak bahagia... Saya minta maaf jika mungkin kawan2 awak cakap saya nk control awak tapi sebenarnya memang naluri seorang perempuan macam seorang ibu, nak yang terbaik.... Saya nak yang terbaik untuk awak....... Tahun nie 2011....... Saya tak tahu macamana keadaan awak... for sure, mesti gf awak, adilah orang pertama wish awak kan.... 2tahun selalu saya lah orang pertama...... tahun ni, orang lain dah kan kan...... Semoga awak happy dengan dia...Jangan lupa saya yang pernah menjadi sejarah & kenangan dalam hidup awak...

Awak.....saya semakin lupa dah pada diri awak.... Dah lama saya tak buka diary yang saya tulis everyday tentang awak.....Apabila saya sentuh ja diary tu, sebak hati saya............. saya hanya kuat untuk baca untuk 2page saja....Saya minta maaf, bukan niat saya nak lupakan awak... Tapi life must go on.... Awak dah tinggal kan saya demi Nur Adilah yang awak baru kenal 2minggu... Saya dulu kita kawan untuk 2bulan...Then, awak bersungguh2 nak kat saya...Saya tak nak pun kat awak sebab saya takut nak bercinta.... Tapi awak cakap awak lain...Tak macam lelaki lain... Betul awak....Awak lain dari yang lain... Awak lah ibarat cinta pertama saya....Saya baru kenal erti cinta.... 2009, birthday awak saya hadiahkan t-shirt putih... Awak excited sangat2 smpai awak minta awal dari hari bvday awak.... Saya bagi jer...... esok tu awak tak basuh terus awak pakai...... 1st time tengok, hensem err awak...... wuuuuuuuuuuuuu........... ^_^

2010, saya hadiah kek untuk bvday awak yang ke 21.... heeeeeeee..... ^_^
2011, saya hadiahkan awak.......insyaAllah saya tengah merancang suprise untuk awak ingat sampai lah awak dah beranak -pinak..... Mesti awak terharu.... sebab kan, gf baru awak tak kenal diri awak dulu & dia tak ada gambar2 awak..... Saya nak awak ingat selama2nya hadiah saya nanti..... Tak ingat saya pun takpe awak.... Saya sedar siapa saya.... I am nobody in your heart...
Saya minta maaf saya tak pernah puas dengan apa pada diri awak sebab saya nak yang terbaik dari awak.... Saya push awak sebab saya nak awak berusaha & tak mengalah.. Saya merajuk sebab saya nak ngada2 & manja2 dengan awak.... hanya awak dalam hati saya selama 2tahun... biar pun awak tuduh saya, saya ada bf lain, curang dll.... Tapi takpe, saya tahu siapa dalam hati saya selama 2 tahun ni...

Saya minta maaf sebab tak beritahu awak yang duit untuk kita langsungkan perkahwinan dah ada.... awak tak perlu risau..... tapi awak ingat awak tak mampu cari duit, terus awak give up & cari pmpn lain awak rasa awak tak dapat tunaikan janji awak untuk hantar rombongan bulan 5, 2011..... Saya minta maaf tipu awak, tak jujur awak.... Duit tu, saya nak simpan untuk masa depan saya.... Niat duit memang untuk kita dua... cukup x RM10,000?? hantaran saya benarkan awak set... awak cakap awak nak 5k kan.... saya ok ja...
awak cakap nak buat ala2 kampung gitu nak gotong-royong, saya on ja...Siap awak pernah berangan2 kenduri kat rumah awak atau tok awak..... Awak yang start dulu tau, saya follow ja berangan.... Masa tu, saya hepi sangat sebab awak sungguh2 nak nikah hujung tahun ni...
Kadang2, bila lalu kedai pengantin, kita mesti berhenti... Awak cakap nak biru lah, saya plak pink, awak cakap nak merah, saya nak hijau....Lepas tu, kita berpandangan sama2, then senyum sambil pgg tangan erat2..... Awak cakap saya, awak nak saya ada di sisi awak tiap kali bvday awak...Saya minta maaf tahun ni saya tak dapat bersama awak dah... Mungkin sampai bila2...

Awak, masa tarikh11/12/2009, awak pesan kat saya, nanti bila kita dah sah ijabkabul, 1st, awak nak saya bangun sebelum awak bangun tidor... 2nd, tudung pakai molek2.. 3rd, jaga adab & last, jaga pergaulan dengan lelaki... Awak ingat lagi tak? Saya ingat awak....Sampai bila2 saya ingat sebab kata2 awak saya tulis dalam diary, dalam phone saya.... Even mesej awak lamar nk kahwin saya pun saya record.... Saya nak ingat selama2nya tentang awak... Nampaknya, saya memang akan ingat awak selamanya..... Walaupun, esok2 saya dah bersuami, saya tetap ingat awak tapi....ingat yang awak pernah menjadi sebahagian daripada impian saya... heeee jiwangkan saya...... awak jangan cakap saya merepek2 plak awak.....

Awak.... dah pukul 7 pagi awak... Tapi mata saya tak nantok langsung bila fikir kan awak... hehhee..... masa tengah taip ni, saya dengar lagu Hujan-Bila aku sudah tiada..... Kebetulan pula kan..... awak dengar tau lirik dia ehhh.....

"Bila aku sudah tiada, simpan semua lagu2 ku..."
"Bila jumpa penganti ku jangan dilupakan aku...."
"Gelak tawa, tangisan yang hiba, kenangan kita, masa di dunia..."

Then saya terdengar pula lagu Khairul Adlan-Aku yang kau panggil sayang
Aku yang kau pggil syg, ingin menghampiri, masa2 silam...
Engkau, yang ku panggil sayang pernah meneroka hati ini...
Tapi kemanisan pn berlalu, kemanakan janji mu yang suci..

Then lagu omputih plak, Bryan Adams-Everything I do..
"Yes I will fight for you..I lie for you..
Walk a while for you & yes I die for you..
U know is true, everthing I do.. I do it for you..."

okie2...last lagu syang alwaz buat hati saya sayu Mariah Carey-Byebye..
"It feels like you gone too soon
Now, the hardest thing to say byebye
I wish that you were here to celebrate together
I wish that we could spend the holidays together

I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on like
I wish I could talk to you for awhile
I wish I could find a way try not to cry

Saya rindu awak.......... Selamat Hari lahir yang ke 22 tahun awak.........

Saya minta maaf lagi letak kan gmbr2 kita masa kita bersama dulu.... Takpe, lagipun saya tahu awak takkan buka blog saya sebab awak benci saya & awak cintakan gf baru awak...tapi takpe...
Saya tak kisah awak..... sebab saya sayang awak....





p/s; saya bangga awak bjaya convo.....bangga saya walaupun saya slalu kutuk2 awak.... maafkan saya tak dapat buat awak bersabar dengan karenah saya............. XOXO