Personaliti Ibu Bapa Tercontoh

Tegas

  • Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.


Berakhlak mulia

  • Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.


Mengambil berat terhadap keluarga

  • Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.


Komitmen yang tinggi

  • Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.


Berketrampilan dalam pelbagai bidang

  • Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.


Yakin terhadap diri sendiri

  • Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.


Konsisten dalam melakukan sesuatu

  • Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.


Pemikiran yang kreatif dan positif

  • Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.


Boleh diharap

  • Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.


Sentiasa bertenaga

  • Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.


Sentiasa bersemangat

  • Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.


Mudah mesra dan penyayang

  • Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga.


Pandai mendengar dengan berkesan

  • Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan


Adakah Ini Rezeki & Rahmat dari Allahswt?



"Apa yang mereka bincangkan eh di rumah dia? Teringin nak tahu….hmmm” keluhan dari hati kecil ku yang tertanya-tanya mengenai lawatan saudara ke rumah Encik Bakal.


Biar jerlah apa yang mereka bincang. Tak perlu ambil tahu. Jadi aku meneruskan kerja aku seperti biasa di pejabat sambil layan video2 di youtube. Last meeting dengan pengurus aku, aku ditegur oleh pengurus untuk elak fikir tentang perkara lain selain kerja ja.

Aduii susah lah macamni sebab kalu tak fikir langsung, susah juga sebab waktu siang2 lah nak fikir hal persiapan tunang & nikah ni. Ada pula dia suruh aku jangan fikir. Seimbangkan kerja kerja, fikir kena fikir juga.


Tengahari, aku sempat singgah ke Butik D’Yang terletak di Telok Kechai, Alor Setar untuk survey baju-baju & meja makan. Alhamdulilah murah2 yang dioffer. Tapi aku perlu menanya Encik Bakal dan saudara dulu sebelum bagi kata putus. Heehheheheee terbayang-bayang aku memakai abju-baju yang ada di butik.


Petang, aku pulang kerja dan sampai rumah disambut oleh Moew meow Kak Nabila. Ceeee masa tu tak rasa apa-apa sangat dan aku ignore nak angan2 sebab dah kena tegur dengan pengurus aku mula hilang focus.

Malam, aku mula lah debar2.. ehhehehehee Call Encik Bakal, dia dalam kereta dengan Saudara nanti dia call back. Lepas sejam, aku call lagi. En Bakal ada hal pulaaaaaaaa….. Aduiiiii nervous ni dia pula sibuk.. hehehe actually aku excited sebenarnya….hehe


“ Komform bertunang 25 May 2012 k.” sms ringkas dari En Bakal.


Saat aku membaca sms dari dia, terkedu, terkesima, terpukau, ter ter ter ter….. agak dalam 10 minit baru sedar… Ulang baca lagi sms.. 25 Mei jumaat bertunang….


Errrr… Dalam hati, “Awat aku tak dak perasaan apa2 nie? Apa yang 25 mei?”


Terus call En Bakal tentang 25 Mei..


“Apa apa yang 25 Mei? Tak faham.. Awat? Ada apa?” Tanya aku.
Dalam hati berbisik "Sumpah aku blurrrr… ngok lah aku nie.. ishhh……"


“Bertunang comfirm 25 Mei jumaat ni pukul 3 petang.”jawab dia tegas.


Tapi aku still terkedu….. “Betul ni jumaat depan. Tak main2..Sungguh…”ujar En Bakal.


"Betul ka?”Tanya aku lagi…
"Betullah sayang bakal jadi tunang dan isteri abang dalam masa 2 minggu lagi.” jawab nya lembut… aku bertanya lagi, “ Betul ka?”


Pertanyaan aku berlarutan agak dalam 5 minit. Sampai ketika, aku diam diri………………….





Tapak tangan mula berpeluh, jantung berdegup kuat, nafas makin kencang, tangan sejum, mulut terkunci, otak stop thinking, mata terkebil2…..


Kemudian aku meletak telefon untuk seketika dan take time untuk respond.


Tak lama, aku call back En Bakal bertanya,

“ Abg, betul kaaaa?” Tanya aku lembut.


“Betul……….”balas nya…

Ya Allah, betul ka semua ni atau mimpi. Betul ka apa yang ku dengar sekejap tadi. Perlahan air mata menitis sebak. Apa yang ku impikan bakal berlaku tak lama lagi. Lelaki yang beragama dan soleh yang menjadi dambaan aku dan ciri2 ni bakal menjadi suami aku kelak. Dugaan apakah yang Allahswt beri padaku. Bersediakah aku? Ya Allah…

 
Dia cukup sempurna bagi ku. Agama dan ilmu di dadanya aku sanjungi. Peribadinya yang aku gemari. Kata-kata nya yang menjadi penguat hatiku. Kasih sayang nya yang ku impi.

Terbaca dalam blog http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/03/20/lelaki-yang-baik-untuk-perempuan-yang-baik/ petikan kata-kata,

"Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapat wanita yang tidak baik atau sebaliknya.”

Teringat kata2 dan janji Allahswt pada hambanya,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki baik untuk perempuan baik.” (An-Nur: 26)

Adakah ni rezeki dari Allahswt??