Soalan Dariku Untuk Kekasih Hatiku

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima.


Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini menjadi cintamu di kala itu?



Semasa mengandung,
Aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?




Semasa mengandung,
Keupayaanku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Masihkah aku buah hatimu?








Semasa kita mula berumahtangga,
Pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.


Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?


Andai aku ditakdirkan diuji oleh ALLAH dengan mengalami kemalangan sehingga patah tulang kaki, sudikah dirimu menjagaku, memelukku dan menyayangiku. Adalah anda engkau wahai suamiku memenuhi segala permintaanku.







credit : http://pakarcinta.com/blog/soalan-isteri-untuk-suami/

Aku Lagik Power!!!

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !
MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling pow

What Goes Around, Comes Around

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki: I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
... Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..
Wanita 2: Me too sayang..
Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki: Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(An-Nur’:26)

Mak Abah, Bantulah Saya Nikah Awal

Mak......saya nak nikah awal....

Semasa meningkat remaja, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati?”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar?”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang!”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat?”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina!”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta..

Wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah,
kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah,
kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah,
inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…

Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

Only Allahswt Knows

Entry kali ni, teringin nak share perasaan dengan readers semua.

Masa raya haji ritu, tak silap dalam hari sabtu kot, aku berjalan nak ke bank.
Keadaan masa tu dah malam, dan tak berapa sedap badan sangat.

Terus melangkah dengan memakai kasut heel rose hitam. Saat melangkah keluar dari bank CIMB ntah macamana aku pitam/blackout. Sedar2 aku dah jatuh dan lutut sakit, kaki seliuh. Saat tu aku rasa lemah sangat. Masa jatuh kat area kedai makan, tak ada yang tolong aku. Aku berdoa dalam hati, "Ya Allah, tak ada sapa yang nak tolong aku ka?" Mata dah mula bergenang dengan air mata.
Alhamdulilah ada seorang gadis cina lari dan memapah aku bangun. Dalam hati, "Masih ada lagi insan yang tolong aku."

Gadis Cina tu tanya jika aku ingin ke hospital ka klinik ka, aku cuma jawab tak apa. sikit ja. Dan aku terus melangkah masuk kereta. Dalam kereta, aku tertanya2 apa yang berlaku pada aku sekejap tadi. Aku tak ingat apa2 sedar2 dah atas jalan.

Hari Ke 2:

Aku bersiap2 pakai baju raya ke rumah kawan baik aku kampung. Kaki masih lagi sakit2. Happy nak sambut raya haji dengan yang tersayang. Jatuh semalam aku ingat mungkin aku memakai kasut heel, jadi, aku take it safe, pakai kasut flat ja.

Rumah yang aku singgah tu rumah kayu dan luar banyak batu tajam. Aku tak jangka akan berlaku apa2, aku memegang tangan anak menakan kawan baik aku, "Haikal" turun tangga luar rumah. Aku menyarung kasut dan ingin melangkah. Secara tak sedar, aku tak dapat merasai kaki aku dan aku terjatuh lagi. Saat itu, air mata menitis menahan sakit luka berdarah lutut dan kaki seliuh.

Kawan aku datang dan memapah aku. Dia melihat anak mata aku. Aku tak dapat merasai kaki aku ketika itu. Aku nak melangkah tapi kaki aku tidak mengikut arahan. Dua2 belah kakiku seliuh dan lutut luka berdarah.

"What is happening to me?"


Andai lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.