Kenapa Dia Berubah?


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Bila AKu Jatuh Cinta/When I Fall In Love

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau


Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu. Amin….!

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada
kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.

(As-Syahid Syed Qutb)

Article ni di ambil di sini.

Fitnah & Gosip, Aku Tak Suka!!

Sejak beberapa hari ni, terasa nak post something kat blog. Rindu nak start tulis diary balik cuma tak sempat nak singgah kedai buku ja beli buku baru. Actually, diary yang lama still ada banyak lagi page tak guna cuma diary tu dah half semua tentang my life, my ikan kekek & college. Jadi, ingat nak start buku yang baru masa practical ni sebab perasaan sama sekali berbeza.

Masa dekat last day stay kat hostel jerjak kan, memang berat hati nak tinggal my bff Siti & Bella. Even masa tu seriusly I gaduh dan misunderstanding dengan classmate. Ada gosip & fitnah dari mulut sahabat2 aku yang aku kenal dari sem1 mengata kan & menunding jari & jadikan aku kambing hitam sebab dinner tak jadi. Sedangkan aku dah prepare baju nak pakai, beli tiket bus nak balik on that day yang ada dinner. Takkan lah aku plak yang cakap dinner tak jadi, cancel sedangkan aku dah prepare? Nampak sangat ada orang tak puas hati, & dengki dengan aku. Dan aku dah dapat tau sapa yang start sebut nama aku. Semoga hidup dia diberkati sebab aku takkan maafkan dia selagi dia tak mai minta ampun dengan aku.

Pople, jika ada someone mai habaq kat hampa apa2 gosip ka, berita ka hampa layan ja.. Tapi ingat, kita tak tau depa tu cakap betui ka tokok tambah ka dengaq dari orang lain ka. Paling senang, hampa mai tanya orang tu sendiri & hati kena lah yakin. Ni dak, aku tengok ada yang jenis mai dengaq apa pendirian kita tapi dia senyap. Dalam hati, "eleh, menipu err tu... muka bujet suci ja, innocent ja tapi dalam hati busuk ja... cakap plak belit2.." Ehhh braii...... Hang tu siapa nak judge macam tu? Tuhan ka? Hang tu elok budi pekerti macam Nabi ka?

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah ni tak ada faedah nya. Cuma nak bagi sedap mulut & hati ja cakap kawan tu kawan ni. Tujuan?? Nak mengaibkan, memalukan, menjatuhkan maruah dan menambah pahala kawan tu. Cuba lah hampa2 yang pernah dengar fitnah, gosip, berita dn lain2 lagi try back up kawan tu yang kena/jadi mangsa. Selama aku belajar kat kolej kan, ada 3 jenis manusia yang reaksi depa dalam kes macam ni.

1. Jenis dengar....Angguk...Layan ja... Senyap ja kurang bagi pendapat.. Habis, takat tu ja... Jenis macam ni aku suka sebab gosip lah dengan depa pun, kita boleh percaya depa takkan buka mulut p cerita kat orang lain. Ada 3 orang ja aku agak lah tau depa macamana... Seronok bergosip dengan depa tapi depa chillax ja. Tak take it serius dan habis gosip, done.

2. Jenis dengar & tambah. Orang macamni mula2 reaksi dia.." Ya ka dia yang cakap/buat?? sambil curious nak tahu. Start lah sesi bergosip depa2 ja... riuh rendah. Habis, bukan takat tu ja.. Bila orang yang depa gosipkan jumpa ka, mai sembang ka, nampak sangat muka hipokrit. Muka takut2, rasa bersalah. Tu yang aku tau siapa yang gosip pasal aku ni dia takut nak cakap dengan aku hehehe.. Aku ada kenal 2, 3 kat kolej macamni. Memang pandai bergosip..

3. Jenis dapat tau, dengar, sebarkan. Dia try nak tau siapa yang cakap, dapat tau, dia tak check apa dah dengan punya nama terus hebohkan...Yang ni dalam kelas aku ada sorang ja yang aku kenal. Tu bila ada gosip kata nama aku yang kes dinner tu, aku awal2 think 4sitive lah sebab aku baru ja nak baik2 dengan orang tu... Then, aku siasat2 dengan lecturer, kawan2 lain, memang budak ni lah riuh nama aku. Tak lupa jugak kelas lain yang start sebut nama aku tanpa check apa2. Ahamdulilah, banyak lah pahala aku nanti ehhehehhee......

Tankiu korang sebab gosipkan aku, sebarkan fitnah sampai satu kelas benci aku, & sakitkan hati aku. Hari ni hari korang, esok2 korang plak kena. What goes around comes around braii... Tengok hadis bawah, mesti korang tak takutkan hukum Allahswt tu korang berani buat fitnah.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

(klik sini untuk article sepenuhnya.)

Hah, amik sekali. Memang tak ampun lah. Geram geram geram sangat2..

Wahai2 reader2 sekalian, berhati2 lah dalam bergosip. Sebab dari gosip tu lah mai nya fitnah. Dri fitnah tu lah dosa kita bertambah. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Ada yang muka baik, hati busuk. Ada yang muka buruk, hati baik.. Ada yang muka tak lawa & hati tak lawa. Ada yang muka lawa & hati lawa. Tapi payah nak jumpa lani. Ada plak yang suka menuduh orang lain hati busuk tapi diri sendiri tak mau check. Tapi takpa, skurang2 dia beri peringatan pada orang lain tentang buruk orang lain. Kita pun belajar yang dia ni tak boleh buat kawan. Hati busuk nak sebar fitnah, aibkan orang lain. Even kawan sebilik ka... Cuba bayang sebilik ada 6 orang, 6 mulut, 6 hati. Sama ka semua? Of course tak.

So, dengan siapa kita kawan tu lah diri kita. Kalu depa solat, insyaAllah kawan2 yang lain ikut terasa nak taubat. Tapi jika kawan dengan jenis lalai, tak ingat solat, tak ingat hukum Allahswt, tak jaga aurat, ingat nak seronok & fun ja, makin jauhlah kita dengan Allahswt. Sekali kita jauh dari Allahswt, lagi jauh Allahswt dengan kita. Lagi lah kurang rahmat & nikmat Dia nak beri.

Bicara lah benda yang baik. Jika mengaibkan orang lain, diam jelah k. Tak rugi apa2 mungkin kita dipinggirkan ja orang kawan2 lain. Mati kubur asing2. Pahala, dosa pun sendiri. Jangan sebab kawan kita tak kisah & ambil mudah semua ni. Kawan kita boleh cari, tapi kawan sejati susah nak dicari. Kawan gosip pun senang. Berdasar pengalaman di kolej, nilah rumusan yang dapat diluahkan. Di sini lah aku belajar yang ada juga manusia suka bergosip & jadikan sebagai hobi. Hmm..... .....

Renung2kan & selamat beramal~~~

p/s: post ni tidak berniat singgung hati siapa2 cuma pesanan & nasihat berdasarkan pengalaman & peringat pada yang lain.




Al-Fatihah Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Asalamualaikum semua..
Baru-baru Malaysia digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Takwa Hulu Langat. Menurut berita seramai 16 orang yang meninggal dunia dan yang lain alhamdulilah sempat diselamatkan.

Dapat ja tahu berita ni sebak hati. Tambah plak kat Facebook pakat dok share gambaq depa ramai2 beberapa hari sebelum kejadian.

Sedih tengok depa senyum jaa...especially yang depan adik kecik tu. Boleh bayang dah sengsara nya depa semua masa kena ujian Allahswt..

Masa kena tu, mereka sedang berlatih kompang untuk menyambut kedatangan FINAS bertujuan memberi sumbangan. InsyaAllah niat dah ada, semoga diturunkan rahmat dari Allahswt. Mereka pun sempat lagi bergelak-tawa bersama sahabat2 mereka yang lain sebelum kejadian. Rezeki mereka semua meninggal bersama2 sahabat2 yang lain. Kepada ibu/bapa yang kehilangan anak mereka, insyaAllah jumpa lah mereka di syurga. Amin.....

Tak lupa juga, kita semua boleh tengokkan bangunan pun rosak teruk. Kami tengokkan bangunan depa lawa macam banglo & nampak sangat selesa. Cuma dewan makan ja. Ada terbaca post kat blog lain pendapat depa tentang pembinaan bangunan baru di tempat lain. Harap2 kerajaan dapat cari tempat yang sesuai dengan apa yang depa semua sedang belajar. Kawasan yang jauh dari kelalaian & duniawi. Tempat plak kawasan yang damai. Moga depa semua dapat semangat baru & tak putus asa dalam mencari ilmu.



Antara gambar bangunan yang rosak.















Kami selitkan beberapa petikan yang kami jumpa kat blog lain. Semoga kita dapat berfikir sejenak dan muhasabah diri atas kejadian yang menimpa mereka. Harap kita semua jangan lalai dengan dunia sampai lupa akhirat. Ujian Allahswt kita tak tahu bila2 masa ja boleh berlaku kat kita.





"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkannya dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek. Dengan ilmu, kita akan sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman, kita boleh mententeramkan hati dengan mengingati Allah."

Buat keluarga mangsa, takziah diucapkan & mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Banyakkan bersabar, carilah dan temuilah hikmah musibah. Insya-Allah ada jannah di sebalik musibah ini!
"Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga." (Riwayat Ibn Majah no. 1597)
untuk petikan selanjutnya, klik sini.


Forget You!!

Forget his Name, forget his Face,
Forget his kiss and warm embrace.
Forget the Love u once knew..
Remember he has Someone New..!

Forget his teasing, gentle ways..
Forget you saw him everyday
Forget he made your dreams come true..
Remember now SHE loves him TOO..

Forget the way he said he loved you
Forget the way he kissed and hugged you
Forget those nights he held you tight
Remember now he holds her tonight..

Forget how you memorized his walk..
Forget the way he used to talk..
Forget the things he used to say..
Remember he has gone away...

Forget his laugh, forget his grin..
Forget the dimples on his chin...
Forget the way he held you tight..
Remember he's with her tonight..

Forget the time that went so fast..
Forget the love that moved' it's past..
Forget he said he'd leave you never..
Remember that he has gone FOREVER..!

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuknya

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?


LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

PENGAJARAN :

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu dating dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?





credit to panduanislam.com